Friday, 7 September 2012

Aidil Fitri di Kedah

Seminggu raya
Taman Sri Menanti, Alor Setar


Puas beraya di rumah mertua pada raya pertama, 
tiba giliran beraya di kampung saya di Kedah pulak.

Flight dari KLIA ke ALOR SETAR tengah hari
Tengah bersiap-siap nak berangkat, sempat juga experienced satu lagi tradisi raya yang unik dikalangan orang Jawa ni..

BARAAN
Baraan adalah aktiviti ziarah raya oleh penduduk kampung untuk beraya dari rumah ke rumah secara berkumpulan.
Selalunya pada hari raya ke-dua, setiap rumah akan menghantar seorang wakil lelaki dewasa untuk menyertai baraan ni. Diorang akan berkumpul di salah satu rumah, dah start tour satu kampung...

JOM kita tengok
nindiaaa.. depa dah maiii...
tengah tunggu yang lain-lain sampai

tengok ni berapa banyak motor dok ada..


 setengah lepak kat luaq.. sebab kat dalam dah penuh. 
Patut la rumah mak banyak sangat kerusi meja. 

 tengok.. semua meja penuh balang kuih raya & ayaq sirap & ayaq F&N
Tu la orang habaq ritu tak caya

 Lepas salam-salam dengan tuan rumah, minum ayaq seteguk dua, makan kuih raya seketoi dua.. depa pun balik. Sat saja.. cukup syarat saja.
Husband saya kata, masa depa mai, ada la ucapan raya apa taktau. 

ish awat dok jadi loghat utara pulak ni..
hahaha...
tak sabaq aih nak balik kedah




OTW to KLIA..
Theme Color - je-ghre-mia (purple) =P

Ija tolong hantar ke airport. 
As a traveller, stroller COMBI ni sangat useful untuk ke sana sini. Adam pun tak kesah tidur dalam stroller ni. Tak la dia penat sangat.  

 Sementara tunggu boarding time, brunch dulu kat airport. 
"Adam stay dalam stroller je ye.. mommy & daddy nak makan kejap"

Ooooo.. he saw something...
 Adam.. No! Jangan tarik handbag & purse raya mommy tu..

Alhamdulillah, rezeki dengan PB, dapat la tukar handbag & purse raya ni. Kalau nak harap duit gaji je, tak merasa la nak pakai handbag & purse mahal macam ni. 

 as replacement - 
Adam play with his duit raya purse present from Aunty Naa.
Thanks Aunty Naa, kalau takde purse ni bertabur duit raya Adam dalam handbag mommy. 

 Adam tidur kat atas daddy.. selesanyaaa..

Akhirnya, selamat landing kat Airport Alor Setar. 
Alhamdulillah =)

Sampai rumah kat Taman Sri Menanti, 
MY HOME SWEET HOME~

mama dah siap masak mee kari, her specialty
& macam biasa..
 kalau ada mee mesti kena ada nasi jugak,
Nasi tomato & ayam masak merah
yuuummyyyyy...~

Raya kedua memang mama akan masak banyak-banyak sebab keluarga dan sahabat akan datang beraya. So kami tunggu rumah je.
Orang datang rumah tak berhenti-henti dari lepas Asar sampai malam.

Kat Kedah pulak lain, kalau saudara-mara datang mesti lama, siap solat 1 fardhu =)

On 3rd Syawal
Continue dengan rumah terbuka lagi
Hari ni mama masak bihun sup pulak untuk tetamu yang datang petang nanti
Untuk lunch bersama family, mama masak masakan kampung je
tapi itu la yang paling sedap..
Nasi putih, sayur rebung masak lemak, sambal belacan, ulam-ulam, ikan siakap goreng, sayur kacang buncis

(*Mama je masak semua kalau kat rumah, 
saya tolong makan & kemas dapur je.. hehe)

4th Syawal
Kami sekeluarga belom salam raya lagi since 1st day. Abah senjaga tunggu saya balik dulu. Abah kata tak best kalau salah sorang anak dia takde.

so pagi-pagi, kami semua bersiap-siap nak bersalam raya
mula dengan mama & abah

 Sayang Abah..

Bagi duit raya kat mama & abah, & adik2.
Budget raya tahun ni naik lagi.. Alhamdulillah. 
Semoga rezeki selalu cukup untuk keluarga tercinta.

Saya pun masih dapat duit raya dari mama & abah sampai hari ni. 
Mama selalu pesan "biar la sekecil mana pun pemberian kita, tapi ia akan jadi berkat"

Hubby salam dengan mama


Happynya dia dapat duit raya dari mak mertua =)

 Awfa salam dengan Oma

Awfa Insyirah

 "Ampun kaklong"


 Adam pun dapat banyak duit raya dari pakcik-pakcik yang masih study.
Terima kasih pak ngah, pak chik, pak ndak..
semoga sentiasa murah rezeki

 my youngest sister

my sisters.. 

MY FAMILY 





Semoga kita akan selalu menjadi keluarga yang bahagia.
AMIN

on 5th Syawal

 Tiap-tiap pagi Awfa datang cari Adam kat sini. 
oh yaa.. sini la kami anak beranak tidur tiap-tiap malam. 
Mama suruh tidur dalam bilik, tapi kami yang taknak sebab sini lebih sejuk & luas. 

Tengok la, hanya berlapikkan tilam nipis (toto). Sejak pakai PB, tidur berlapik toto ni dah takde masalah lagi dah. Sakit pinggang dah totaly gone. Amazing kan?
Saya sendiri pun tak sangka =)

Last time balik kedah bulan May dulu, saya siap belikan lagi extra toto untuk lapik tidur saya seorang. 
ingatkan balik kali ni nak beli tilam foam yang lebih tebal. So tak jadi la nak beli tilam.  Budget tu boleh belikan abah 2 unit kipas ceiling yang dah uzur kat bilik & ruang tamu. 


 Jalan-jalan kat bandar Alor Setar cari kipas ceiling. 
Banyak kedai masih tutup sempena raya. =(

Malam pulak bawa semua family pegi makan seafood kat Restaurant Nala. SEDAP..!
Tomyam seafood ada ketam.. first time tengok. hehe

 tok chah pun ikut sekali




 Habis licin semua makanan..Alhamdulillah. 

Sekali sekala dapat balik kampung, memang rasa tak puas.
Yang penting dapat quality time dengan semua ahli keluarga

SALAM AIDILFITRI

Lots of  love,
Anith



Aidilfitri - 1st Syawal

Hari raya pertama.
Kg. Sawah Sempadan, Tanjung Karang, 
Kuala Selangor


Raya kali ni 1st day kat kampung husband di Sawah Sempadan. 
Ni lah 1st time saya beraya hari pertama kat sini.
 Tahun lepas di kampung saya, Alor Setar.

Pengalaman yang sedikit berbeza sebab keluarga suami saya orang Jawa.
Selain daripada Bahasa Jawa yang masih kuat menjadi bahasa pengantaraan dikalang ahli keluarga, yang sering buat saya ternganga sentiasa (sebab tak paham), 
makanan dan cara aktiviti beraya pun agak berbeza.


 Theme this year - PINK & ORANGE ~ =) =)

Budak kecik ni takde baju melayu- so pakaikan dia suit kemeja & slack Trudy & Teddy je.


Kasut raya Adam~
So cute kan? macam kasut daddy dia. hehe
Beli masa tengah pregnant dulu, bila nampak terus berkenan. 
Nasib baik muat-muat pakai time raya ni

Selepas solat Aidil fitri & breakfast ketupat dengan rendang daging




Bila semua adik beradik dah berkumpul kat rumah bapak, kami semua bersalam raya & sesi bagi duit raya. 
Yeay.. Adam dapat banyak duit raya daripada atok & nenek; wak-wak & bibik-bibik. 
Terima kasih!! 
Nanti boleh simpan duit raya dalam Akaun SSPN


Family Potrait lepas salam raya =)


Selesai bersalaman, kami semua konvoi 4 kereta menziarah saudara-saudara di sekitar kampung. Setiap rumah ambil masa 20-30 minit je sekadar berkunjung & bertemu saudara jauh yang balik beraya di kampung juga. 

Satu perkara yang saya perasan, setiap rumah yang saya kunjungi, balang kuih raya PENUH meja. Kalau ada 3 meja, ke-tiga-tiga meja lah penuh dengan bermacam jenis kuih, kerepek, kacang-kacang jajan, jeruk buah-buahan, kek. 

Tuan rumah akan hidangkan pelbagai jenis air manis dalam kotak, air F&N macam-macam perisa, atau air sirap/sarsi. 
Memang meriah! Sampai taktau nak pilih yang mana satu nak rasa.  

Berbeza dengan di Kedah, tuan rumah akan menjamu makanan yang agak berat pada hari raya pertama seperti nasi tomato, nasi minyak, nasi daging, mee kari, mee bandung, soto.. macam-macam lagi. Tak campur ketupat pulut, nasi himpit, rendang2 lagi. kuih raya cuma 5-6 balang saja. So kalau beraya rumah saudara di Kedah, siap la perut. 



 Adam kepenatan


Lepas dah penat tour satu kampung, last destination adalah rumah abang & kakak ipar. 
Cuaca agak panas time beraya ni. Nasib baik Adam sentiasa jadi good boy.

Tiap kali masuk kereta je dia tidur sekejap. 
Masa ni dah penat sangat, sampai angkat masuk dalam rumah kakak ipar pun tak sedar & terus sambung tidur. 


Kat rumah abang ipar. Rumah cantik tengah sawah. 

Jom bergambar dulu~

( adam masih lena kat dalam rumah)

"Laa.. apsal tak butang baju ni?" 
-"Panas laaa"


Tiga gadis pingitan..
Adik kembar (Ija & Epi) dengan anak sedara, Fatin.

Saje je Ija & Epi pakai baju sama sebijik raya tahun ni, sebab bulan September ni Epi dah kahwin. 
Raya tahun depan takde can la nak pakai baju sama lagi. 

Ziarah raya sambung lagi sebelah petang, lepas ni ke Ijok pulak. Rumah saudara sebelah mak.

Jalan menghala ke Ijok tak sesak sangat. 

Dah lewat petang, perut pun dah terasa sangat lapar. 

Terasa nak makan seafood pulak. Ada ke restaurant bukak raya-raya ni?
Abang ipar try contact beberapa restaurant sekitar Ijok
Akhirnya ada satu restorant tepi pantai buka malam tu..Memang rezeki kami agaknya.




We are the only customer. Tengah menunggu makanan dihidang. 

Menu dah order awal-awal lagi thru phone petang tadi. 


Menu yang dipilih:

Ikan Siakap masak steam
Ikan pari bakar & air asam 
Kerang rebus
Lala masak pedas
sayur campur
sotong goreng tepung
fresh orange
SEDAP..! Makan sampai nak pecah perut.

Kesian tukang masak, raya-raya kene kerja, melayan perut kami yang lapar ni

Harga??
Of course la agak mahal dari biasa..
Sesekali belanja family untuk happy. =)


Adam dah restless. Semua orang pun dah kekenyangan & kepenatan.
1st syawal berakhir dengan senyuman

JOM BALIK TIDUR...~


Esok nak fly ke Kedah pulak...




SALAM AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR BATIN



Love,
Anith & Family


Tuesday, 4 September 2012

Business Opportunity with Premium Beautiful


Bila tension kerja kat office sebab kena marah pulak dengan boss, dateline yang tak pernah reti nak panjang - mula la terpikir nak berenti kerja nak buat business sendiri.
(sebenarnya nak berenti kerja pun takut sebab siapa nak bagi duit gaji bulan-bulan?)

Persoalan nak buat business ape macam ni la selalunya;
pandai masak? - boleh masak untuk kenyang perut sendiri je la
reti menjahit? - jahit butang baju tercabut pun suruh mak tolong
buat la barang-barang craft - ish tak reti la bende remeh-remeh tu.. lagipun tak creative
pandai tangkap gambar? - pandai pakai camera phone je la.

so, macam mana?


macam ni..
Biar saya terangkan tentang business Premium Beautiful yang sangat senang ni...


1. Business Plan
Modal = sekali seumur hidup. Tak perlu pusingan modal.

Dalam masa 2-3 bulan, dah boleh dapat cover balik modal tadi. 
Bulan-bulan seterusnya cuma KAUT UNTUNG!
Business lain, bertahun-tahun belom tentu boleh dapat ROI ( return of investment)

Pasaran meluas & high demand sebab semua orang nak cantik & sihat sentiasa ( especially wanita). Nak jual NO PROBLEM.


2. Product
Only 1 product to master - it is Premium Beautiful Corset

Learnt about it, feel it, experience it & share the goodness with others. Thats all all you need.
Speak from your heart.. and PB does its magic!
kat sekolah dulu boleh belajar sampai 9 subjects dalam masa setahun, tiap-tiap tahun tukar subjects lagi, sekarang ni cuma 1 subject je, segala- gala tentang PB. Mesti kacang je kan..?? =)


3. Marketing Plan



CDM Hanis Haizi, Founder of Green Leader Group (GLG) mencetus revolusi pemasaran menggunakan teknik online melalui social media seperti Facebook & Blog. 
Kaedah yang sangat berkesan kerana semuanya hanya di hujung jari, dan network yang sangat meluas.
Tak perlu kedai & pekerja untuk business ni. Lagi best sebab time flexible. Bila-bila pun boleh berbusiness - secara part time or full time basis. 



4. Group support & teamwork

Business Premium Beautiful ni bergerak secara berkumpulan (teamwork)
Our team - Green Leader Group adalah group yang kuat yang akan mendorong kejayaan business partners. 
Sso pada business partner yang baru-baru, JANGAN RISAU, GLG dah tubuhkan academy sendiri - GLAM (Green Leaders Academy Malaysia)
The one and only academy khas untuk business ni. Classss, tips, sharings will be given by successfull leaders to inspire & helps other business partners to be success too. 

5. Mentor

"tunjuk ajar ku sifu"
Mentor a.k.a leader akan ajar step by step dari A sampai Z macam mana nak berjaya dalam business ni. Segala ilmu dicurahkan & turun padang untuk bantu anak-anak buah yang baru nak belajar tentang business ni. So jangan takut atau bimbang kena tinggal sorang-sorang, ok? =)

Note: Sebenarnya kalau dalam business lain, jangan harap la ada mentor nak tunjuk satu persatu macam mana nak buat business. Pandai-pandai sendiri la, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. 



Introducing Naa Kamaruddin.. ni la mentor saya.
She achived so much at her young age - 28 years. =)
Walaupun kami terpisah jauh dek laut china selatan, namun sokongan dan tunjuk ajar tetap sampai melalui facebook, sms, call.. nothing is imposible dalam dunia tanpa sempadan sekarang ni.  



So i am giving you 5 basic things to start business with us
and what u can get are;

Monthly bonus/income of 4,5,6 figures 
Free holiday around the world for you and your husband =) (honeymoon trip) with 5 star services - 3 times a year!
Your dream luxury cars - monthly car fund
Free branded stuff, handbags, brooch, watches, etc



For free business consultation and further explanation
feel free to contact me =)


Dont miss this oppurtunity, make your 1st move now


Regards
-Anith-



Saturday, 1 September 2012

Hari Raya Eve

Kali ini giliran beraya di Sawah Sempadan, Tanjung Karang; kampung hubby. 

Kami sampai kampung 3 hari sebelum raya, so sempat la nak meraikan hari-hari terakhir ramadhan bersama keluarga di kampung. 

Kali ini pengalaman agak berbeza menyiapkan persediaan beraya dia rumah mertua. Kebanyakkan persiapan seperti tukar langsir baru, kuih-muih, susun atur perabot dah siap sedia awal-awal lagi. Jadi hari-hari terakhir tidak la kelam kabut sangat. 

Bila dah petang sikit, kerja pun dah settled, saya ikut hubby pegi Pekan Tanjung Karang, jalan-jalan !!
Jom ikut...

 
Ini gambar belakang rumah Wak Abu, saudara bapak  - pegi pinjam topi keladar.. hahaha
Rumah tengah sawah~ 

Nak pegi Pekan Tanjung Karang tak lah jauh sangat. Tapi time-time dekat raya ni jalan ke sana sesak teruk sebab ramai yang dah pulang ke kampung, atau guna jalan kampung untuk sampai ke Selatan Perak. 
So, kami naik motor je la pegi pekan.. 
Lucu kan gambar ni?.. mcm mat rempit bawak awek.. hehe.
"hunny, jom kite dating2~"

Sawah padi tengah menghijau. Pemandangan yang mendamaikan. 

Best OOoo naik motor lalu atas batas-batas sawah ni. Nyaman!!
 Cuaca pulak mendung-mendung sikit, angin sejuk je rasa. 


Ambik gambar dari atas motor yang bergerak. aksi yang agak bahaya.. tapi naaak jugak ambik untuk blog ni. =p



Haaa.. ni dah nak sampai pekan. Kereta dah beratur panjang nak melalui pekan Tanjung Karang ni. Jalan sempit, satu lorong je, so memang panjang la jam nye.

nasib baik naik motor, boleh selit-selit.. hehe

Sampai kat pekan, ada bazaar yang besar jual macam-macam. Gerai tudung paling banyak. Orang pun berpusu-pusu kat bazaar ni. 
Kalau kat tempat lain, bazaar camni dah tutup dah. Tapi kat Tanjung Karang ni still bukak smpai malam raya. Jualan penghabisan stok. 

Tengah rambang mata tak tau nak pilih yang mana satu. Lawa-lawa & murah -murah. Boleh pakai kat office nanti ni. Bawal corak RM5 je sehelai, selendang macam-macam style Rm25-RM30 je. 


Rasa nak je angkut semua ni.. hehehe.. haiihh nasfu di bulan puasa.
Akhirnya berjaya pilih & beli 4 helai selendang yang cantik, boleh pakai raya ni.. yeayyy!!

Jom balik, awan dah makin berat.. kang tak pasal2 basah kuyup dek hujan

Selamat sampai rumah dalam keadaan kering.. nasib baik~

This is fun, really! 
Sesekali balik kampung, jadi anak kampung , memang BEST.


Jangan pernah lupa siapa diri kita, dari mana asal kita. Walau sejauh mana pun kaki kita pernah melangkah, dunia mana pun pernah kita sampai, tinggi mana pun pencapaian hidup kita.


Loved =)
Anith

Salam Aidil Fitri - 2012

Rasanya masih tak terlambat nak ucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
 kepada semua umat Islam di dunia




Ini gambar raya tahun lepas
 1st time raya bersama husband tercinta. Masa ni dah pregnant 3 bulan. 
Happy sangat-sangat ;)


Semoga tarbiah Ramadhan yang lalu dapat membentuk kita menjadi seorang umat yang lebih baik & berterusan sepanjang tahun. 




Salam sayang
Anith