Friday, 7 September 2012

Aidil Fitri di Kedah

Seminggu raya
Taman Sri Menanti, Alor Setar


Puas beraya di rumah mertua pada raya pertama, 
tiba giliran beraya di kampung saya di Kedah pulak.

Flight dari KLIA ke ALOR SETAR tengah hari
Tengah bersiap-siap nak berangkat, sempat juga experienced satu lagi tradisi raya yang unik dikalangan orang Jawa ni..

BARAAN
Baraan adalah aktiviti ziarah raya oleh penduduk kampung untuk beraya dari rumah ke rumah secara berkumpulan.
Selalunya pada hari raya ke-dua, setiap rumah akan menghantar seorang wakil lelaki dewasa untuk menyertai baraan ni. Diorang akan berkumpul di salah satu rumah, dah start tour satu kampung...

JOM kita tengok
nindiaaa.. depa dah maiii...
tengah tunggu yang lain-lain sampai

tengok ni berapa banyak motor dok ada..


 setengah lepak kat luaq.. sebab kat dalam dah penuh. 
Patut la rumah mak banyak sangat kerusi meja. 

 tengok.. semua meja penuh balang kuih raya & ayaq sirap & ayaq F&N
Tu la orang habaq ritu tak caya

 Lepas salam-salam dengan tuan rumah, minum ayaq seteguk dua, makan kuih raya seketoi dua.. depa pun balik. Sat saja.. cukup syarat saja.
Husband saya kata, masa depa mai, ada la ucapan raya apa taktau. 

ish awat dok jadi loghat utara pulak ni..
hahaha...
tak sabaq aih nak balik kedah




OTW to KLIA..
Theme Color - je-ghre-mia (purple) =P

Ija tolong hantar ke airport. 
As a traveller, stroller COMBI ni sangat useful untuk ke sana sini. Adam pun tak kesah tidur dalam stroller ni. Tak la dia penat sangat.  

 Sementara tunggu boarding time, brunch dulu kat airport. 
"Adam stay dalam stroller je ye.. mommy & daddy nak makan kejap"

Ooooo.. he saw something...
 Adam.. No! Jangan tarik handbag & purse raya mommy tu..

Alhamdulillah, rezeki dengan PB, dapat la tukar handbag & purse raya ni. Kalau nak harap duit gaji je, tak merasa la nak pakai handbag & purse mahal macam ni. 

 as replacement - 
Adam play with his duit raya purse present from Aunty Naa.
Thanks Aunty Naa, kalau takde purse ni bertabur duit raya Adam dalam handbag mommy. 

 Adam tidur kat atas daddy.. selesanyaaa..

Akhirnya, selamat landing kat Airport Alor Setar. 
Alhamdulillah =)

Sampai rumah kat Taman Sri Menanti, 
MY HOME SWEET HOME~

mama dah siap masak mee kari, her specialty
& macam biasa..
 kalau ada mee mesti kena ada nasi jugak,
Nasi tomato & ayam masak merah
yuuummyyyyy...~

Raya kedua memang mama akan masak banyak-banyak sebab keluarga dan sahabat akan datang beraya. So kami tunggu rumah je.
Orang datang rumah tak berhenti-henti dari lepas Asar sampai malam.

Kat Kedah pulak lain, kalau saudara-mara datang mesti lama, siap solat 1 fardhu =)

On 3rd Syawal
Continue dengan rumah terbuka lagi
Hari ni mama masak bihun sup pulak untuk tetamu yang datang petang nanti
Untuk lunch bersama family, mama masak masakan kampung je
tapi itu la yang paling sedap..
Nasi putih, sayur rebung masak lemak, sambal belacan, ulam-ulam, ikan siakap goreng, sayur kacang buncis

(*Mama je masak semua kalau kat rumah, 
saya tolong makan & kemas dapur je.. hehe)

4th Syawal
Kami sekeluarga belom salam raya lagi since 1st day. Abah senjaga tunggu saya balik dulu. Abah kata tak best kalau salah sorang anak dia takde.

so pagi-pagi, kami semua bersiap-siap nak bersalam raya
mula dengan mama & abah

 Sayang Abah..

Bagi duit raya kat mama & abah, & adik2.
Budget raya tahun ni naik lagi.. Alhamdulillah. 
Semoga rezeki selalu cukup untuk keluarga tercinta.

Saya pun masih dapat duit raya dari mama & abah sampai hari ni. 
Mama selalu pesan "biar la sekecil mana pun pemberian kita, tapi ia akan jadi berkat"

Hubby salam dengan mama


Happynya dia dapat duit raya dari mak mertua =)

 Awfa salam dengan Oma

Awfa Insyirah

 "Ampun kaklong"


 Adam pun dapat banyak duit raya dari pakcik-pakcik yang masih study.
Terima kasih pak ngah, pak chik, pak ndak..
semoga sentiasa murah rezeki

 my youngest sister

my sisters.. 

MY FAMILY 





Semoga kita akan selalu menjadi keluarga yang bahagia.
AMIN

on 5th Syawal

 Tiap-tiap pagi Awfa datang cari Adam kat sini. 
oh yaa.. sini la kami anak beranak tidur tiap-tiap malam. 
Mama suruh tidur dalam bilik, tapi kami yang taknak sebab sini lebih sejuk & luas. 

Tengok la, hanya berlapikkan tilam nipis (toto). Sejak pakai PB, tidur berlapik toto ni dah takde masalah lagi dah. Sakit pinggang dah totaly gone. Amazing kan?
Saya sendiri pun tak sangka =)

Last time balik kedah bulan May dulu, saya siap belikan lagi extra toto untuk lapik tidur saya seorang. 
ingatkan balik kali ni nak beli tilam foam yang lebih tebal. So tak jadi la nak beli tilam.  Budget tu boleh belikan abah 2 unit kipas ceiling yang dah uzur kat bilik & ruang tamu. 


 Jalan-jalan kat bandar Alor Setar cari kipas ceiling. 
Banyak kedai masih tutup sempena raya. =(

Malam pulak bawa semua family pegi makan seafood kat Restaurant Nala. SEDAP..!
Tomyam seafood ada ketam.. first time tengok. hehe

 tok chah pun ikut sekali




 Habis licin semua makanan..Alhamdulillah. 

Sekali sekala dapat balik kampung, memang rasa tak puas.
Yang penting dapat quality time dengan semua ahli keluarga

SALAM AIDILFITRI

Lots of  love,
Anith



No comments:

Post a Comment