Thursday, 6 June 2013

Bercuti di Colmar Tropicale


Rasa macam lama sangat tak pergi bercuti. Last holiday saya & family was in November last year, bawa family kat Alor Setar pegi Langkawi 3 hari 2 malam. 

Cuti kali ni bawa family hubby pulak bercuti. We decided to go to Bukit Tinggi @ Berjaya Hills. Location yang tak terlalu jauh dari rumah, 1 jam lebih je dah sampai. 

Plan asal nak pergi weekend, hari Sabtu bertolak. But we had to change the plan because I want to attend special entrepreneur program organized by Hai-O & GLAM on the same day. (Check my previous entry). So berkorbanlah sikit & tukar tarikh pegi time weekdays. Kebetulan pulak hotel semua fully booked during the weekend. Allah give the best for us. 

Bersama emak & bapak, (yang lain-lain tak dapat ikut sebab kena kerja) kami bertolak dari rumah pukul 12 tgh hari. Pada pukol 2 petang dah sampai Colmar Tropicale. 


Colmar Tropicale, Berjaya Hills

Colmar Tropicale memang terletak di tengah-tengah hutan hujan tropika di negeri Pahang & pada ketinggian 3000 kaki atas paras laut. 


 Terpegun dengan seni bina Perancis, berdasarkan perkampungan sebenar di Alsace pada kurun ke-16 dulu. Komen bapak " Macam mana ye, diorg boleh buat bangunan macam ini di tengah-tengah hutan besar, atas bukit macam ni?"

Adam tidur je sepanjang perjalanan ke Bukit Tinggi.Dekat-dekat sampai baru terjaga. Masa ni dia tengah "lalok" lagi. Baju pun tak sempat tukar. 


Just below our lobby, ada kolam angsa & ikan koi yang besar-besar.
 Adam dah start excited tengok angsa & ikan-ikan ni. 

Sebenarnya ktrg memang dah tahu tempat ni ada banyak haiwan, Adam mesti suka. Semua  yang dijumpa, nak dipegangnya. Selama ni asyik bacakan dia buku tentang haiwal je, sekarang biar dia tengok sendiri. 


Walaupun tempat ni atas bukit, tapi cuacanya taklah sejuk sangat. Tipah tertipu.. 
Saya pakai knitted blouse yang agak tebal, berpeluh jugak la. 
Satu lagi.. datang sini tak payah pakai heels tinggi-tinggi. Banyak tangga & jalan tak rata. Better pakai flat je. hehe



Try to catch bubbles..

Daddy try his luck to win a big teddy bear for Adam.
"Sorry Adam, Daddy missed both chances" hehehe

Our hotel room is 2 bedroom suites, decorated in a classical French style. Nak pegi mana-mana sekarang mesti kena ada katil king size. Tak muat nanti nak tidur dengan budak kecik ni. 
 Rehat sekejap & tukar baju dulu. 

Masa nak keluar dari bilik, hujan lebat turun. We have to wait about 1 hour before the rains stop. While waiting, kami minum petang dulu dekat salah satu cafe kay Colmar Square ni.


The building behind me is The Chateau. Macam istana kan? Ni hotel jugak kot. Tak boleh nak masuk kalau takde pass- so bergambar dari jauh je. 



Budak baru "dapat kaki". Kemaruk la nak berjalan. 
Nak tangkap gambar pun susah. Taknak didukung dah.. haiihh
mommy love u sayang..

 Sunset view
Lampu-lampu dah terpasang menyinari sepanjang lorong cafe & hotel di Colmar Square ni
Cantik sangat !! Romantik! Actually masa berjalan kat sini, saya teringat suasana ni mungkin sama dengan Xintiandi, Shanghai. Beberapa pasang newly wedded honey moon kat sini. (inai di tangan & kaki masih merah lagi)


Its getting dark, kami balik bilik dulu untuk mandi & solat kemudian bersiap-siap untuk dinner. 


 Dinner time. 
Tak tau nak bawak mak & bapak makan kat mana. Takde restorant masakan melayu kat sini. Belasah je la.. asalkan ada nasi sket. 



Stage performance after dinner
aksi acrobatic dari China. 
Interesting! 
Saya sebenarnya bukan berani sangat tengok bila ada aksi-aksi patah pinggang & kepala macam ni. Aauucchh..
Tapi performance ni mmg entertaining! Rugi kalau tak tengok.
 Adam pun tengok & duduk diam je macam paham. hehe. 
And its free!!

We ended our 1st day with this extreme performance from the young professionals. 
Tomorrow another interesting activity waiting us. 

2nd day
Selepas breakfast kat hotel, kami terus ke Japanese Village yang terletak lebih kurang 10 minit dari Colmar Tropicale. It is open at 9.30 am & close at 6pm. 
Adam tertidur dalam perjalanan nak ke Japanese village ni. Memang time tidur dia pun. Terpaksa la saya & hubby tunggu dalam kereta untuk bagi masa Adam tidur at least 1 jam. 
Kalau tak mood dia tak best. 

Dah cukup 1 jam, terpaksa angkat Adam jugak. This place in not stroller/buggy friendly. so takpah la bawa. Tengok la berapa banyak anak tangga nak kena daki! Nasib baik la ada hubby yang gagah perkasa ni.. ecehhh.. 
Mak & bapak dah lama sampai & tunggu atas. 

Semput jugak la nak sampai kat atas tu. 
No heels babeh.. i have learnt my mistake, terpaksa beli selipar jepun kat Colmar semalam. 
The entrance & Japanese gate
Walaupun penat tapi sebab semangat nak tengok the one and only Japanese village dalam hutan hujan tropika ni.. ku gagahi juga langkah ke puncaknya. 

 Sebenarnya pemandangan kat sini sangat cantik. Subhanallah. 
Gambar-gambar ni tak boleh lawan kecantikkan sebenar. Maybe kena tangkap pakai DSLR kot. =(

Adam geram tengok banyak fish. Dia asyik nak celup tangan masuk dalam kolam, nak main dengan fish.

 This village surrounded by flora & fauna in Zen-inpsiring gradens which encircle the Japanese Tea house, Ume Tatami Suite, Tatami Spa & experience the traditional japanese tea ceremony and wear a kimono.

Jom pakai kimono!
Lama dah nak merasa kimono ni. This is the time!


Sewa 1 pasang kimono ni RM20 selama 1 jam. 
Worth trying.. 
This lady helped me to wear the kimono...dan siap!!
Ada rupa orang jepun tak?? hehe. 

 Takde geng laa.. so layan je la tangkap gambar sorang-sorang. 

 Perasan pose ala-ala Oshin.. hahaha




Adam tunggu mommy pakai kinomo. Asyiknye dia main batu.. gaya tu macam orang besar je.


Next destination
Animal Farm
Kat sini arnab & rusa dilepas bebas. Ada macam-macam species arnab kat sini. 



Semua binatang kat sini jinak-jinak. Jangan takut nak sentuh. They wont bites..



Thats all about our holiday trip.
Bercuti kat sini memang best, banyak lagi tempat-tempat yang menarik kat sini yang kami tak sempat nak visit. 

Definitely we all have a good time here. 
Puas hati dapat bercuti & spent quality time with family. 


Bye.. 
love,
-anith-

No comments:

Post a Comment