Friday, 19 July 2013

Kedah.. Oh..Kedah


Hidup di perantauan ni jarang-jarang dapat balik kampung. 
(ok ok - takde la perantau sangat, Miri je pun.. budget macam stay kat oversea je kan?.heh)
Tapi seriously, dalam setahun cuma sekali dua je bleh balik kedah. 
Sebab pertama, sesekali nak balik makan masa 2 hari untuk travel MIRI-KL-ALOR STAR. So balik kampung over the weekend is not posibble. Kedua, cuti hubby tak banyak dah yang tinggal. Lepas tolak cuti-cuti wajib seperti cuti Raya Puasa & Raya Haji, cuti pegi Korea nanti, tinggal sisa-sisa 2-3 hari je. Tu pun nak simpan kot-kot ada emergency. 

So saya ni merindu dendam la nak balik kampung.

One day, hubby bagitau dia perlu attend technical course kat KL selama 7 hari ( termasuk Sabtu & Ahad). That course is API certification - the schedule will be very tight, test will be conducted at the end of the course, & need to seat for examination after the course to be certified. So he need to be focus on the course, takde masa nak shopping2 & pegi jalan-jalan kalau saya ikut dia ke KL. Staying at Miri alone with Adam for that long period is the least that i want. 
Looking at the condition, he decided to sent me & adam balik kampung selama course tu berjalan. Yeayy..!! 

All the preparation done. Abah & mama turun KL untuk hadiri kenduri kahwin & we all met at my apartment in Kajang. The next day, saya & Adam ikut mama & abah balik kedah. Tinggal la hubby sorang2 kat KL.
Mixed feeling masa tu- happy sebab dapat spent time dengan my parents & siblings kat sana, but at the same time sedih sebab takde bersama hubby. This is the longest period kitrong terpisah jauh sejak kahwin. huhu. And for Adam, this is the longest road trip for him.

note: saya sanggup berpantang sendiri kat sarawak dulu- sanggup tak balik kampung sebab taknak jauh2 dari hubby. 


Sepanjang perjalanan ke kedah, hati sebak je. air mata mengalir di pipi. Hahaha
Ye, saya memang jiwang.! Nasib baik masa tu malam, so boleh la cover. Malu la jgk kalau orang nampak especially my parents. 
Hmm.. Sebab tu saya sangat respect pasangan yang long distance relationship ni. Korang memang sangat kuat.!

Alhamdulillah perjalanan yang mengambil masa 5 jam tu dipermudahkan. Adam pun ok, takde meragam apa2 pun. 

GLAD to be HOME
Walau macam mana best pun rumah kita sendiri, kampung halaman & rumah tempat kita membesar tetap di hati. No matter what! Agree with me?

Basically tak ada spa sangat pun yang saya rancang nak buat kat Kedah - just purely spending quality time with my parents & adik2 & visiting other relatives. Merapatkan lagi ikatan kekeluargaan especially for Adam yang  jarang-jarang jumpa family, takut lama-lama dia tak kenal pulak.

Adam suka ikut Oma (his grandma) mengaji. Bila Oma baca, dia pun ikut baca dalam bahasa dia sendiri. hehe. sejuk hati mommy =) .. semoga anak yang soleh bila besar nanti.  
Adam got his company, Awfa - his niece. Kadang-kadang boleh berkawan elok, kadang-kadang bergaduh sampai nangis-nangis terutamanya bila berebut barang permainan & buku. 

Adam tak biasa berkongsi barang. Dia jadi marah bila barang dia orang lain kacau. Pening jugak kepala nak leraikan pergaduhan diorg ni.
note: saya perlu belajar parenting lagi ni.  

Adik saya, Ariff baru pulang dari Mekah menunaikan ibadah umrah. Dia hadiahkan Adam & Awfa jubah hitam ni. Adam looks so hensem! Awfa pun sangat cute dengan jubah ni. aduhaii.. anak mommy sorang ni... 
Jubah ni simpan untuk pakai pagi raya nanti ok. Tak sabar tunggu raya nanti.


Adam & Oma kat office. 
Syok la Oma dia, Adam datang jemput petang-petang. =)

Great & comfort food
Acara makan nasi tepi rumah- acara wajib bila ramai-ramai berkumpul. 
Masa ni hari jumaat, lunch before the gentlemen pegi Solat Jumaat. 
Special dish from mama - gulai tulang (lembu), sup ayam, ayam masak kicap, ikan goreng, ulam-ulaman, sambal tumbuk. Confirm 3 kali tambah nasi! 

Diet?? seminggu diet saya punah, hancur lebur
Rugi la kalau diet kat kedah ni. Saya dah siap list of food yang saya mengidam nak makan. antaranya..
Cendol
Mee goreng mamak Derga 
Nasi royale
Murtabak special air tangan tok saya 
( saya tak makan murtabak lain selain yang ni)
Nasi arab tok 
Nasi lemak bungkus daun pisang RM1 
(kat Miri ni mana ada nasi lemak RM1 ni. paling simple pun rm3 dah - tu pun tak sedap mana)
Roti jala dekat Stadium Darulaman 
(roti jala terbaik! - teksture roti jala tu sangat lembut, melt in your mouth gitu) 
Char keteow Iman
Nasi ayam Tat 
(owner kedai ni dulu driver bas sekolah saya dari darjah satu sampai tingkatan 3. Sekarang dia dah bukak 25 cawangan Nasi Ayam Tat seluruh malaysia. Caya la Abang Tat!) 

Ni tak termasuk home cooked mama lagi..

Note: maaf la ye semua makanan ni tak sempat saya ambik gambar, dah selamat dalam perut.

Seperti yang dijangkakan, berat saya naik 1kg! 
Never mind - lepas minggu ni, jaga diet balik, pakai PB secara consistence. 
Dapat turun balik extra kilo tadi. 



Bila balik kedah, automatic saya tak jadi chef.
Mama yang masak semua, saya tolong kemas dapur je.
Happy sangat bila saya tengok mama memang guna Biozone. 
Buat cuci ikan ayam, sayur-sayur , kerang udang. Berbaloi setiap sen yang saya keluarkan, Biozone ni dipakai untuk seisi keluarga. Ini je yang mampu saya bagi kat mama & family saya yang jauh. Nak tolong masak setiap hari dah tak dapat, at least dengan biozone, makanan yang dimasak jadi lebih berkhasiat & selamat. =)

 Business mode on

Walaupun balik cuti lama-lama, business still dapat berjalan macam biasa. Orders tetap datang, income tetap masuk, business sharing sentiasa on demand. Ini lah kelebihan online business dengan GLAM 
We carry our business everywhere we go

Time to go
a week has gone. 
Puas dapat balik kampung time orang lain sibuk berkerja. =P
Masa tu pulao kebetulan jerebu tengah dasyat kat KL and Miri. Perfect timing i could say.. Right decision balik kedah ni. 
Alhamdulillah, Allah gave the best for us. 

Time to go home. Tak sabar nak jumpa hubby. Adam pun sangat rindukan daddy dia. Few nights Adam tak dapat tidur lena. Teringat kat daddy rasanya. 
We met at KLIA then fly back to Miri. 

Kedah.. see you soon 
Looking forward for iftar in Kedah with my family
insyaALLAH. 



PROUD TO BE KEDAHAN
-ANITH- 

No comments:

Post a Comment