Wednesday, 5 June 2013

Dynamic Entrepreneur Program by Winston Wong


Opportunity may comes in many different ways..
Last few weeks, an opportunity knocks my door.. i and answered it!

Being in GLAM, there are so many opportunity to grab and one of it is this one..


Satu seminar yang dianjur oleh Hai-O Marketing Sdn. Bhd khas untuk Glamprenuers telah diadakan pada 25th May 2013. Seminar bersiri ini dijayakan oleh our GLAM founder CDM Hanis Haizi & CDM Razali Zain


We are so lucky to have Mr. Winston Wong as our speaker to share his knowledge, experience & advice on Network Marketing.

He is the no. 1 master MLM Trainer in Asia, a writer of " The Misunderstood Industry - Network marketing, the new profession" 

Beliau bukanlah calang-calang orangnya. 
He has experiences in corporate world as president of the manufacturing Division of a large public listed company in Malaysia, and also have been in businesses in the Asia Pasific Region before he start his journey in MLM industry for more than 10 years now. 

For me, signed up for this program, sitting whole day long to listen to him, such a big opportunity. Plus I have read his book twice & i still want to get more from him. 



For the FIRST TIME in Hai-O history, Mr. Tan Kai Hee (Hai-O Enterprise Founder and Managing Director) came to show his deepest support for GLAMpreneurs Program. And as we know, our General Manager Mr. Teoh Nee Siang is giving his full support to GLAMpreneurs by providing quality trainings one after another.

GLAM IS THE ONLY GROUP GIVEN THESE OPPORTUNITIES!

(taken from naakamaruddin.com)



This seminar started at 9.30am, but as early as 8.30am the hall is almost full!
"great success start with great attitude" 


Welcoming speech by our GM, Mr. Teoh Nee Siang. He really can see GLAM as special group in Hai-O business professionalism & he giving his full support to make sure GLAM always be the best. I am so lucky to be "born" as GLAM. 

 Some of the key points based on his knowledge & experience. 

He reads a lot and urge all of us to read more to gain knowledge about business, products & world issues. 

 "your first step to transformation is EDUCATION" - Winston Wong


After half a day listen to him..now we break for lunch & prays 

 Lunch buffet is served. 
I have a variety of good food, nice scenery of swimming pool and great chat with new friends from all over Malaysia. =)


 Surrounded with all positive vibes really energise everyone. 



The afternoon session continued with another 2 modules 
Succeeding the Business & Leading a Team


Success = hard work, correct choice, discipline, perseverance ( never give up) knowledge, skills, teamwork.. 
That's the price success & financial freedom



"Normal people dont have goals.. only abnormal people have set their goal. 
Abnormal people = successfull people" - Winston Wong

Do you have your goals?
*answer the above question.. 

At the end of the day, he manage to rise this business to another level of perception. 
It is true.. this industry have been misunderstood for so long,
but now the world have changed as well as this industry. 


Group photo with all the participants
GLAMPRENEUR RAWKS!!

Beautiful Circle Top Leaders


 Sebelum balik, sempat lagi CDM Naa beri kata-kata semangat kepada semua Beautiful Circle members. 

I am blessed to be with this great group & having this great opportunity
Thank you GLAM!!



Lets be part of my team, 
you will have the same opportunity

-anith-


GLOW in Bintulu

When my Leader Naa Kamaruddin told me, "I akan ke Sarawak to see you guys & have a GLOW session there" 
I was so excited & looking forward for this opportunity

To organize GLOW under my team in Sarawak is such an honour to me. 

Hari yang ditunggu-tunggu sampai. 
Me & hubby fetch Naa & Acap at the airport and terus ke hotel untuk check in. 
Naa always looking gorgeous even though with a naked face. 

When she told me "semalam kitrg tido 2-3 jam je- lepas abes kelas kat GLAM TTDI, then kena bangun awal untuk rush ke airport for this early flgiht" saya memang kagum dengan semangat dua insan yang hebat ni. 


Checking on the event venue, dari jauh nampak this signboard with my name on it. 


While waiting for the event to start. All my team member awal-awal lagi dah sampai. All excited to meet & hear from CDM Naa. 


The event started at 1pm with motivational talk by Naa Kamaruddin. 
A very good example she show us - jangan putus asa walau macam mana susah pun, because we are on the right track. Semua tu adalah cabaran yang harus ditempuhi untuk berjaya. Kejayaan bukan datang bergolek. 

Berapi-api Naa berucap kat depan. Ni ke muka orang tak cukup tidur semalam? 
Dari sini pun dah nampak semangat Naa & Ashraf sebagai leaders yang tak putus-putus nak sumbang ilmu, inspirasi & support kat kami. Thank you sooo much dear.. 


Me in action as MC of the day. 
Lama dah tak pegang mic & public speaking. 
Yes, dalam business ni, kita bukan saja di ajar cara nak buat business, tapi kita juga di ajar untuk bina keyakinan diri & kekuan dalaman (inner grow)

DDM Ashraf Naserudin giving product knowledge about Biozone Food Purifier.

Demand untuk Biozone semakin meningkat sekarang sebab ia adalah penyelesaian termudah, berkesan, & termurah di pasaran untuk mendapatkan makanan yang bebas dari bahan kimia yang berbahaya. 
Keberkesanan Biozone ini telah terbukti dengan a series of lab test. 

Untuk info tentang Biozone, boleh click di SINI



During tea break. 
Borak punya borak sampai terlupa tentang masa. =)


CDM Naa continue with business review. 
A very simple business plan & fair to everyone. 
Siapa berusaha dia dapat, tak ada istilah goyang kaki dapat duit. 
Dan leader/mentor come for free untuk tunjuk ajar  & bimbing. 


My team in Bintulu. 
Thank you for your commitment, kerana sanggup luangkan hari minggu yang patutnya bersama family masing-masing untuk bersama-sama menuntut ilmu tentang business.

"knowlegde is the key to success"
Tanpa ilmu kita mungkin sesat & tersalah langkah
Jadi perlu pilih "guru" yang baik, maka jadi baik lah jalan kita. 

It is almost 6pm & we ended our session with Q & A. 
5 hours seem not enough for us, rasa macam nak je sambung sampai malam. 
Next time kita buat one whole day with bigger crowd. 

Semoga apa yang disampaikan memberikan inspirasi kepada semua yang hadir. 


I am so proud with my team. From friends we become business partners. 
Sama-sama nak berjaya, nak capai impian massing-masing. 
We believe "nothing is impossible in this world, it all depends on how much we want it & wants to work for it"

Ternyata location kami yang jauh dari GLAM main group in KL, tak pernah jadi penghalang untuk kami berjaya seperti GLAMprenuer yang lain. 

Dekat atau jauh bukanlah factor untuk berjaya, kemahuan & kesungguhan dalam diri sendiri yang paling utama. 



I am welcoming anyone to be part of my team
tak kesahla dari mana datangya, dari mana asalnya
yang penting..ada kemahuan untuk berjaya

I will hold your hand & guide you to success


call me
019-5922951
-anith-


Credit picture to naakamaruddin.com

Monday, 13 May 2013

Place to eat in Miri - SURF & TURF


Hai...
This time nak share pasal tempat makan yang best sekitar bandar Miri, Sarawak.
pada yang sesekali datang Miri, boleh la singgah makan di sini. 

Ok sebenarnya kat Miri ni banyak sebenarnya tempat makan. Saya pun belum habis explore lagi. 
Makanan pun boleh tahan sedap.

The place I'm going to share this time
 is SURF & TURF
haaa.. dengar nama pun dah boleh agak kan?
It is seafood & BBQ restaurant. Fusion dining..

Saya tertarik dengan restaurant ni sebab unit, interior deco for the restaurant pun menarik, menu pun best-best. Macam nak try semua sekali..

Sebenarnya saya & hubby selalu nampak kedai ni because it is located near our house. Tiap kali keluar masuk area Permyjaya mesti akan nampak kedai ni - kedai tepi jalan besar. 

Everytime lalu mesti teringin nak pegi sebab dari jauh nampak cozy je restaurant ni. 
On a one fine evening, we decided to try.  

 As expected, memang deco restaurant ni menarik. 
Main counter & dinding dibuat daripada kayu without any paint. Theme restaurant ni ala-ala pantai & laut sket. Sesuai la dengan namanye.. Surf. 

Selalu tengok cerita Restuarant Makeover, restaurant ni pun macam ada touch "restaurant makeover' sket la. Nak lepak lama-lama pun rasa selesa. Apetah lagi nak jumpe client. =)



 A corner for dining outside. Long table for a group of guess. 

 Masa kitrg pegi tak ramai orang pun. 
Ada magazines rack kat sebelah tu, magazine French pulak tu. 
Adam ni kena ada buku, baru boleh duduk diam. 

While waiting for our finger food. 
Niat nak cari tempat untuk makan petang je..
so tak order makanan berat.



Some of the menu.. menarik kan? 

Menu nye tak banyak berjela-jela macam sesetengah kedai makan. 
Tapi bila nak order... "minta maaf, ni takde kak"
ataupun "eh sama je nasi goreng u dengan nasi goreng i, cuma tambah telur mata je"
Hehe.. selalu terkena dah. Buat sakit hati je.


Price quite OK 
Definitely will come again to try all. =)
 
This is cheese cake with apple compote. Apetah maksudnye saya pun tak tau. Tapi rasanya memang best. Rasa light je cheese cake ni.


Ni pulak sotong goreng tepung western style. Texture terbaik. Sotong tak liat, kulitnya crunchy. Dip ni pulak taktau la ape.. tapi rasa macam twieties. hahaha. MESTI TRY!

Another sitting option. 
Daddy bawak Adam main kat luar sementara mommy habiskan cheese cake. 
Macam ni la ada anak kecik, makan bergilir-gilir kalau tak kena mood dia. 


Ok.. thats all for now.
Waiter yang serve food tadi asyik pandang semacam je sebab saya asyik dok snap2 gambar. "spy ke ape dia ni" =p
Definitely saya tai sakit mental ye.. 
hehe

Hope this will help siapa-siapa yang dah abes idea nak pegi makan mana kat Miri. 
this is a new place to explore.


GLOW in SARAWAK


GOOD MORNING..

I AM COUNTING DAYS 
FOR 
*
*
*
*
*

GLOW
(GREEN LEADER ORIENTATION WORKSHOP)

FOR GLAMPRENUER 
IN SARAWAK REGION 

FOR THE VERY FIRST TIME
GLOW WILL SESSION IN SARAWAK


BY OUR SPECIAL SPEAKER..
COME ALL THE WAY FROM KL

CDM NAA KAMARUDDIN





GLOW IS FREE & OPEN TO EVERYONE 

LETS HEAR FROM THIS YOUNG LADY & GENTLEMEN 
FROM ZERO TO HERO IN JUST 1 YEAR..


COME & JOIN US
DATE: 18th MAY, 2013 - SATURDAY
TIME: 1.00 - 4.00 PM
VENUE: KEMENA HOTEL, MEETING ROOM



IF INTERESTED, DROP ME A MASSAGE TO MY NUMBER
019-5922951


DO NOT HESITATE
YOU MIGHT EXPLORE NEW THINGS IN YOUR LIFE.. 



Tuesday, 30 April 2013

Eat healthy for our family




Saya masih ingat pesan mama,
Saya sentiasa ingat pesan tu setiap kali nak masak.
Mama pesan "Basuh dulu sayur-sayur tu sebelum masak. Cuci bersih bersih, selak daun-daun tu, biaq lama sikit basuh takpa. "

Mama pun tak pernah lupa nak basuh ikan & ayam yang baru sampai dari pasar borong (mama panggil market borong) dengan satu pencusi khas, sejenis liquid dari jemana XXXXXX.
"Pakai ni untuk cuci ikan ayam," -sambil tunjuk botol kecil tu.
"Habeh keluaq hanyaq2 (hanyir) ikan ni.."
Kak long beli satu simpan kat rumah.."

Dah bertahun mama pakai liquid cleanser tu.
Seingat saya mama tak pakai pun pencuci tu masa saya kecik-kecik dulu.
Semua ni berubah bila arwah maksu pesan kat mama masa dia tengah sakit tenat.

Arwah maksu meninggal beberapa tahun dulu, satu-satunya adik perempuan abah.
Maksu menderita sakit beberapa tahun. Saya kurang ingat keseluruhan cerita, tapi yang saya tahu maksu menderita sakit leukaemia. Abah pernah dermakan air sum sum tulang belakang untuk maksu pulih. Saya masih bersekolah masa tu.

Saya masih ingat,
Kami & keluarga maksu sangat rapat. Tiap kali maksu balik kedah mesti bermalam di rumah kami sehari dua. Saya sgt sedih bila maksu sakit, tengok arwah terlantar di katil, tak berdaya.. buat hati saya pedih. Maksu meninggal di usia yang muda, tinggalkan empat orang anak yang masih kecil masa tu. Abah sangat sedih, lagi sedih adalah arwah tok bila terpaksa tengok anak tunggal perempuan pergi lebih awal dari dia.

Saya masih ingat,
Ketika arwah maksu sedang sakit tak bermaya, kami sekeluarga ke KL menziarahi arwah. Dia bagitau pada mama & abah, doctor cakap punca sakit dia dari makanan. 
Doktor minta cuci bahan makan bersih-bersih, terutama sayur & buah. 
Sejak hari tu, mama amalkan pesanan arwah maksu.

Dan selama tu la jugak mama tak henti-henti pesan kat anak-anak perempuan dia (termasuk la menantu) supaya basuh bersih-bersih sebelum masak.

Saya ada beli satu botol jenama yang mama syor, tapi yang tinggal cuma jenis powder.
Masalah dengan powder ni, bila terkena air, serbuk tadi bergumpal, melekit dan tak susah nak guna. Terpaksa buka penutup botol & colek dengan hujung sudu yang runcing. Leceh.. !
Jarang-jarang saya pakai..
Lagi pulak, saya rasa kurang hygenic pulak cara tu.

Sekarang ni bila saya kenal & pakai Biozone. Saya memang teringat kat mama.
Kalau la mama pakai biozone ni.. mesti dia lagi impress.
Lagi banyak hanyir yang keluar dari ikan, udang, sotong..
Lagi segar sayur-sayur yang dah dicuci dengan Biozone.
Mesti ternganga mama tengok buih-buih yang keluar dari mangkuk tu. Kotor & busuk!



Dan yang paling penting biozone tak pakai chemical (liquid or powder)
Biozone menukarkan oksigen kepada ozon. 




Fikir-fikirkan..

Berapa orang dari kita yang tak basuh pun sayur-sayur sebelum masak, ambil dari peti ais, terus potong-potong dan campak dalam kuali - Sebab nak cepat & anggap remeh. 
Siapa yang di antara kita fikir selama ni basuh pakai air pipe dah cukup bersih. Basuh la berapa lama sekali pun, bahan - bahan yang berbahaya tadi tidak akan terhapus.

Ada orang fikir, "Alah.. dah bertahun-tahun dari nenek moyang kita makan tak basuh pakai biozone pun, sihat je.
Zaman dah berubah, Teknology dah bertambah.
Zaman dulu sumber makanan tanam sendiri.
Ayam, itik, kambing bela sendiri, ikan pancing & menjala sendiri. 
Tengok la macam mana air sungai & laut dulu & sekarang.
Zaman sekarang, semua nak cepat,semua nak "Fast Food"
Makanan dah jadi satu industry yang besar & high demand.
Sayur-sayuran & buah- buahan tanam & matang dah tak ikut musim, jangan ada yang lubang-lubang dimakan ulat. 
Ayam lembu, kambung mesti jadi gemuk & sihat, 
Ikan, sotong, udang diperap supaya segar tahan lama.





As an individu, we cant stop what happened in the industry immediately, 
but we can choose what we eat & consume by our own body.


World have changed.. It is time for us to change too!
Eat healthy for your family!



Note: You may google "bahaya pesticide" banyak website yang menulis tentang ini. 
This is the top search dari google. CLICK HERE  



Note: Al Fatihah untuk arwah maksu, semoga roh beliau di tempatkan dikalangan orang yang beriman. Maksu pernah jaga saya masa saya baby. Arwah pandai didik anak-anak & baik hati. Semoga Allah sentiasa merahmati beliau. Amin

Thursday, 11 April 2013

It is all about confidence

Assalamulaikum

Self confidence = keyakinan diri.
How do you rate ourself? 10/10 or 1/10?

Ramai orang cakap, anak melayu ni kurang self confidence. Bila pegi interview susah nak lepas sebab jawab tergagap-gagap.
Pernah tak dengar ayat ni "kalau kita tak yakin, kita takkan menang dalam pertandingan yang kita boleh menang." Siapa yang selalu on channel 611 - Astro Ceria -  selalu sebut benda ni.

It is true. Self confidence adalah criteria yang penting dalam diri kita.

Saya ni bukan pakar motivasi, saya cuma nak tulis berdasarkan pengalaman hidup saya.

Pada hari hari terakhir saya kat office, ada beberapa kawan saya yang datang ucap selamat & wishes. Antara yang saya dapat adalah.. 
"i will miss u sebab u suka bagi kata-kata semangat kat i. 
"u confident, dari awal i kenal u, u sangat confident" 
"bila u takde nanti, siapa nak bagi true comment & positive words kat i" 
"i dah takde teman berborak nanti"
Hahaha.. nampak sangat saya suka berborak time office hour. 

Berbalik kepada comment yang saya ni confident. The truth is I build this confidence level for years. Secara semulajadinya saya ni sangat pemalu & agak penakut. Saya selalu rasa rendah diri & terlalu memikirkan tentang kekurangan diri saya.

Saya ingat lagi lepas SPM saya pilih untuk masuk matrikulasi, sebab saya tak yakin dengan keputusan SPM saya. Saya taknak ambik risiko berada dalam golongan university yang pastinya result lebih baik dari saya. Di matrik, saya bahagia.. when i know i am ahead of the rest. Masa tu confident level saya memang tinggi. I can lead a small discussion on English Literature in class. 

Tak lama di matrik, saya diterima masuk ke UTP. I did well in my interview - which i never expected.(nanti saya share cerita disebalik Petronas interview)

Hari pertama di UTP adalah hari yang menggerunkan. Saya fikir, mungkin saya student yang paling tak pandai. Seminggu saya menangis sorang-sorang dalam bilik. Saya taknak jumpa sesiapa, taknak kenal sesiapa, rasa sangat rendah diri. Ya Allah, rasa nak keluar dari UTP masa tu jugak. Nasib baik saya jumpa kawan-kawan yang sangat-sangat baik yang banyak tolong saya =)
Note: Kuritas ( u know who u are).. kite takkan lupakan jasa korang kat kite sampai kite mati. Miss & Love u all very strong!

Selama bertahun, dalam kelas saya sepi. Jarang sekali nak angkat tangan bertanya apa-apa. Kalau kena berdiri jawab soalan, automatic muka saya merah padam, rasa panas di pipi, suara tersekat-sekat macam nak menangis. Seriously memang rasa nak nangis. I really hate that. Kalau boleh biar saya nak jadi invisible girl.

The problem with confidence really affect me, my social life & especially my study. Selalu rasa diri sendiri bodoh. Keep thinking of that really make me one. Seriously!

During my 4th year of study, I think I really need to change. I start to take charge of my life.
1st thing I did was to learn to drive a car. Saya ni penakut nak pandu kereta, rasa macam nak accident je kalau memandu, ataupun saya takut saya sesat. So i decided i should conquer my fear. Masa tu baru dapat lesen kereta tau tak? Orang lain lepas SPM je dah boleh ronda satu pekan. 

Then I learnt to swim again. Kali ni saya belajar dari kawan2 saya. Sebenarnya dulu masa darjah 5 saya masuk kelas swimming tapi sebab tak confident boleh pandai berenang,   -  rugi je bayar yuran bulan-bulan. Boleh terapung je, swimming sikit dah pancit sebab teknik tak betul.

I started doing things yang selama ni saya rasa takkan buat, saya takut, saya tak pandai. I just give it a try.

( gambar hiasan - maaf saya tak simpan gambar2 saya dulu . Semua dalam hard copy. =p)

Achievement paling membanggakan, saya signed up kelas Aikido (martial art from Japan) on my 4th year 2 sem. My decision on joining the class really shocked my friends. Saya tekad nak masuk. 1st day was really terrifying;

-Pertama, sebab saya join sorang-sorang, saya tak kenal orang lain dalam kelas tu. 

-Kedua, sebab the class was conducted by a student from Iran ( my sensei). Most of the members are international students (berapa kerat je melayu, 2-3 orang je perempuan melayu terakhir nak belajar martial art ni yg konon-kononnye suitable for ladies). So terpaksa la saya speaking all the time.

-Ketiga, kelas diadakan 2 kali seminggu, sebelah malam for 2-3 hours. Location class pulak punya la jauh dari hostel. Jalan kaki je sebab takde transport. Paling malas bila lepas training, badan dah sakit-sakit, pastu nak jalan kaki balik pulak. Letih oooo..
Tu tak kira warmed up session yang kena lari pusing dewan 7-10 kali, step yang jatuhkan diri sendiri atas lantai & bergolek-golek dari hujung ke hujung & aktiviti sparing. Saya pun tak sangka saya berjaya lakukan semua tu sendiri. Saya pernah lawan dengan Negro lady yang 2 kali besar dari saya. huhu


Saya tekad jugak nak habiskan training 1 semester & berjaya naik level. 
Ada seorang student cina dalam kelas Aikido saya, dia baru semester ke-2  & dah naik 3 level. Nama dia Chun Wei. Bila dia tahu saya ni dah nak masuk final year tahun depan, dia terkejut.. maybe sebab saya ni maintain madam budak kecik kot time tu. hehe.Bajet cute..
  so dia tanye saya "kenapa u tak join kelas ni awal-awal dulu?" 
saya jawab "Sebab saya baru rasa berani sekarang" 

Niat saya untuk belajar martial art bukan untuk master the skill. (sound a bit silly) tapi saya nak build confidence level saya. Saya cabar diri saya untuk buat sesuatu yang saya fikir saya takkan saya mampu. 
Kalau niat saya nak master, saya takkan join in the first place, sebab saya tau saya takkan lama di UTP. 

Saya dapat rasa diri saya yang baru. Lebih yakin berbanding dgn sebelum ni. 
I am glad that i did it.
Mungkin cerita saya masuk aikido mean nothing untuk orang lain. But it means a lot to me.  

Kenapa keyakinan diri ni penting?
Untuk berjaya kita mesti yakin yang kita boleh berjaya. Mesti yakin dengan kebolehan sendiri. 

When mind speaks, action will follow. 
We get the result of what our mind said. 

The law of attraction says "like attracts like, so when you think a thought, you are attracting like thoughts to you."

So kalau kita fikir kita boleh, kita yakin kita boleh buat..maka kita akan boleh buat dengan izin Allah. 

Dalam business ni bila saya start business ni dulu secara part time. Ada beberapa orang bagi komen. Antaranya: 
"I pun teringin nak buat business, tp I tak reti nak cakap macam U." 
"ohh.. U takpe la, pandai promote-promote barang ni."
"i ni sembang pandai la, tapi nak selling ni tak reti."
"I tak reti la nak buat macam U."
"I nak berenti kerja & buat business sendiri, tapi I tak tau apa-apa pasal business." 

 "tak reti, tak pandai, tak nak" 

Sebenarnya saya pun awal-awal tak reti. Tapi saya nak belajar. 
Saya awal-awal pun tak pandai. Tapi saya keep doing it sampai saya pandai. 
Saya dah lama terfikir nak buat business sendiri, saya pun tak amek course business & marketing kat university dulu. Tapi saya nak try buat business sebab itu la impian saya. 
Saya pun risau & takut kalau business saya tak menjadi & rugi.. Tapi kalau saya tak cuba selama-lamanya takkan jadi. Lagi la saya rugi. 
So just try. Do the best that I could. Belajar, belajar, belajar. Sampai bila-bila pun takkan habis untuk belajar.

Saya bertuah sebab dalam business ni saya ada mentor yang ajar saya. Saya belajar banyak dari dia. Saya belajar sendiri kalau saya tak dapat pegi kelas. Saya belajar dari observation saya, saya belajar dari kegagalan orang lain, saya belajar dari kesusahan orang lain. 

Untuk belajar, kita mesti buka mata & buka hati. 
Belajarlah untuk pandai & berasa yakin dengan diri sendiri.



If you want to lift up your life,
looking for a business to start,
come & join me. 
I will guide you to excel in this business. 
contact me here 019-5922951


Friday, 29 March 2013

Blog sarang labah-labah


Ohhh.. blog ni dah jadi sarang labah-labah. Dekat sebulan tak update. 
Maaf la.. ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. 

I was in KL for more than 1 week. Ikut husband business travel kat KL. Dia pegi kerja saya & Adam pergi shopping! Tu yang best bila kerja takde office hour ni, boleh ikut hubby pegi mana-mana tanpa risau pasal kerja yang bertimbun kat office & handover list yang mungkin tak terbuat. 

By the end of the trip, saya jatuh sakit. Berlarutan sampai seminggu pulak - complete dengan batuk, selsema, muntah, sakit kepala. Fuuhh...
Siap buat pregnancy test lagi, kot-kot la sebab pregnant =p

Elok je saya sihat, Adam pulak demam selsema & batuk. Terjangkit la tu.. 
So need to give full attention to him. 

So memang la tak sempat nak update blog ni. Simpan je entry-entry dalam kepala.
 Hopefully tak lost macam tu saja. 

Despite of evertyhing happened, business tetap jalan. Message & watsapps masuk bertubi-tubi tanya pasal Premium Beautiful & business oppurtunity. Alhamdulillah senang buat business ni sambil terbaring kat sofa, boleh lagi layan customer & coach business partners. 

So siapa yang teringin nak buat business, 
tapi tak banyak masa terluang, (part timer) bleh la join business ni.
PM me for detail. 

Assalamualaikum

-anith-