Wednesday 20 February 2013

Biozone: Product Introduction

Assalamualaikum

Dalam entry yang sebelum ni, saya dah cerita tentang pencemaran yang berlaku dalam makanan harian kita seperti ayam, ikan, sayur-sayuran & buah-buahan. 
Dan sisa pencemaran ini dapat dihapuskan dengan process purification (proses menulenan) oleh Biozone. 
(boleh baca full entry ini di SINI)

So hari ni, saya nak cerita pulak macam mana Biozone boleh melakukan tugas/funtion tersebut. 

PRODUCT BACKGROUND
BIOZONE Food Purifier menggunakan proses pengkhususannya iaitu menyatupadukan bahan perintang ozon bagi mengubah oksigen (O2) menjadi ozon (O3). Ozon akan kembali menjadi oksigen setelah menjalankan fungsi untuk menyingkirkan bahan-bahan pencemar. 

Untuk pengetahuan semua, technology ozone ni telah digunakan secara commercial sebagai disinfection ( bahan pembersih kuman & bacteria) sejak 100 tahun yang lalu. 
The first commercial application of ozone occurred in a water treatment plant in Belgium in the late 1890's. Today, ozone is being employed in a continually expanding array of applications such as beverage, laundry, marine, aquaculture, wine & groundwater & solid remediation.


This info is taken from www.pacificozone.com/ozone_clean.html



PRODUCT DEMONSTRATION

Semalam lepas buat research tentang makanan tercemar, saya terus tak lalu nak masak. Kebetulan pulak hubby tak balik lunch sebab ada workshop kat hotel. So i decided terus pegi stokist & beli terus 1 set Biozone Food Purifier ni untuk kegunaan sendiri. 

Lunch sandwich telur je semalam beli kat cafe sambil jumpe client. 

Lepas husband dah balik, terus ajak dia install Biozone & buat 1st experiment. huhu




Ingredient / bahan-bahan:
Ikan kembung yang baru beli kat pasar 2 hari lepas. Pasar tu antara yang jual ikan & seafood fresh & simpan dalam ice box. Ikan ni dah defrost & dibersihkan ready to cook.
Bekas stainless steel (tahan karat) from IKEA
Air pipe biasa.


Method / cara:
1. Rendam ikan dalam air dalam bekas kaca, seramik atau besi tahan karat. 
( Jangan pakai bekas plastik ye)
2. Switch on Biozone & letak tube silikon yang bergred medical dalam air. 
Tube ni akan menyalurkan ozon ke dalam air untuk proses purifikasi.

3. Gelembong & buih akan terbentuk semasa process dijalankan.

4. Tempoh purifikasi untuk seafood, sayuran & buahan hanya 15minit saje
Next.. tunggu & lihat

*
*
Result
Immediate result: Seawal 2-3 minit process dijalankan, bau busuk & buih mula keluar. Hubby terus lari ke ruang tamu sbb tak tahan bau busuk. 

10 minits: Makin banyak buih-buih keluar & bau busuk hanyir semakin kuat. Bau macam kat tepi jetty ikan. Seriously. Saya berdiri sebelah mangkuk ni sebab nak amek gambar dan video, bau tadi melekat kat baju. Air pun jadi keruh & macam ada kotoran melekat kat tepi dinding mangkuk.


Saat-saat terakhir process tersebut, buih semakin banyak. Saya perasan color ikan pun jadi makin cerah & bersih. Nampak lagi fresh. 

(saya try nak upload video part last tapi tak berjaya)
nnt saya try lagi..

Conclusion:
Ikan ni lebih fresh selepas process purifikasi & dah tak bau hanyir lagi. Selalunya ikan yang beli lebih dua hari saya cuma akan goreng supaya rasa & bau hanyir ikan tadi kurang terasa. Tapi lepas process ni, saya dan boleh masak macam-macam especially masakan berkuah. Yeayy!!

Makan pun sedap, yang penting lebih sihat & berkhasiat.

OK this Biozone set ni banyak kegunaan. Dari bersihkan makanan, sampai la bersihkan botol susu baby, alat mainan, barang2 dapur. Semua pun boleh. so it is worth it.
So it is a must have in every house, especially untuk yang selalu masak sendiri kat rumah. 
Tak rugi beli! 

Contact saya untuk sebarang pertanyaan tentang Biozone.
Anytime
019-5922951
or email anithayuni@gmail.com
Kalau nak saya demo dulu pun boleh.. tengok & bau sendiri. No hal, bagitau je k?

*
*
more about biozone
*



FAQ BIOZONE
Adakah nutrien makanan akan hilang dalam proses purifikasi?
Berdasakan kajian makmal terhadap daging yang dipurifikasikan, ia menunjukkan bahawa kebanyakan nutrien masih dikekalkan. Hal ini boleh dilakukan sekiranya anda menggunakan alat purifikasi yang berada dalam keadaan baik. Namun, jika anda menggunakan teknologi yang konvensional, ia mungkin akan mengurangkan sebahagian besar nutrien dalam makanan.

Adakah saya perlu mencuci makanan sekali lagi selepas proses purifikasi?
Anda tidak perlu mencuci makanan selepas proses purifikasi. Namun, sekiranya anda rasa perlu untuk mencuci makanan tersebut selepas proses purifikasi, anda boleh menggunakan air yang ditapis untuk mengelakkan bahan-bahan pencemar yang terkandung di dalam air paip. 

Mengapakah gelembung terbentuk pada daging, namun ia tidak kelihatan pada sayur-sayuran?

Biasanya, gelembung terbentuk disebabkan oleh racun serangga yang larut dalam air, maka ia menyebabkan gelembung tersebut tidak kelihatan pada sayur-sayuran. Gelembung adalah satu rangkaian asid lemak yang lebih lazim dijumpai pada daging. Kebanyakan asid lemak mempunyai sebatian polimer yang sukar diserap oleh badan manusia. Jika badan anda mampu menyerapnya, ia sebenarnya telah masuk ke dalam peredaran darah di mana pengambilannya untuk jangka masa yang panjang mungkin memudaratkan kesihatan badan. 

Bolehkah saya menyingkirkan antibiotik daripada daging semasa proses purifikasi?
Gelembung yang terhasil tidak menunjukkan sebarang kesan antibiotik, namun dalam proses purifikasi selama 30 minit ini, laporan daripada kajian makmal menunjukkan bahawa tiada sebarang antibiotik dijumpai selepas proses purifikasi.


Bolehkah saya yakin bahawa BIOZONE Food Purifier dapat melakukan proses purifikasi 100%?
Kami tidak boleh menyatakan bahawa BIOZONE Food Purifier dapat purifikasikan bahan kimia 100%. Objektif kami adalah untuk mengurangkan bahan kimia sebanyak mungkin sebelum kita mengambil sesuatu makanan. Kebanyakan bahan kimia dapat disingkirkan oleh BIOZONE Food Purifier melalui proses purifikasi di mana kita mempunyai kajian-kajian makmal yang boleh dikongsi bersama. Teknologi ozon yang umumnya digunakan untuk purifikasikan air, makanan dan rawatan kolam renang telah dibuktikan secara saintifik di kebanyakan negara maju.





No comments:

Post a Comment