Sunday 29 July 2012

Tolong.. Jaga badan, Jaga Kesihatan

Cuti Gawai yang lepas, semasa saya pulang ke kampung suami saya di Tanjung Karang. Sempat kami berkunjung melihat saudara terdekat di Hospital Klang. 

2 jam perjalanan dari rumah ke hospital. Pertama kali saya ke sana. Hospital tersebut sangat besar, ward bertingkat-tingkat. Namun tak pernah cukup  untuk menempatkan pesakit-pesakit yang tak pernah kurang. Seorang pesakit keluar, 3 lagi dah masuk. Katil tak pernah yang kosong, malah katil extra terpaksa di tambah di celah2 katil yang sedia ada.

Menyedihkan. Mengharukan. Perasaan bercampur baur. Banyak iktibar yang saya pelajari dari pengalaman saya di sana. 

Melihat situasi ini, saya lebih menghargai nikmat kesihatan yang diberikan. Saat kita muda mungkin ramai yang tidak sedar, nikmat kesihatan kalau tak dijaga akan hilang sekelip mata.

Kita selalu ambil enteng hal kesihatan kita. Bila dah terkena baru kelam kabut berubat sana sini. Alangkah baiknya kita mulakan dari awal sebagai langkah menghindari penyakit/ masalah kesihatan.
Prevention is better than healing.

Kerana saat kita jauh sakit, lagi banyak perkara perlu kita fikirkan.

Pertama sekali adalah soal belanja perubatan yang sangat mahal. Memang ada yang murah,seperti klinik 1 Malaysia dan hospital kerajaan. Cuma dengan RM1 ringgit doktor budiman akan beri bantuan. Namun persoalan seperti service, masa menunggu, layanan jururawat, bilik-bilik ward yang sangat crowded dan sempit, facility yang disediakan ..selalu dipertikaikan. 
Saat kamu sakit, wang sudah tiada nilainya,  nyawa yang utama.

Keduanya adalah tentang masa. Masa yang kamu perlu untuk berulang alik ke hospital, masa untuk treatment, masa yang perlu kamu habiskan di ward, masa yang kamu telah ketinggalan untuk bersama keluarga kamu, dan hari-hari yang kamu terpaksa 'ponteng' kerja kerana cuti sakit. Belum dikira masa orang yang menemani dan menjaga kamu kamu ketika kamu terlantar di ward.


Saya pernah baca di satu artikel majalah tentang rahsia awt muda tokoh terkenal, Prof Diraja Ungku Abdul Aziz yang sudah pun melepasi 8 dekad (88tahun). Kagum saya lihat kecergasan & kesihatan seorang "atok" ini. 

Ungku Aziz masih ke sana ke mari memberi ceramah ilmu, memeriksa kertas calon doktor falsafah dan boleh fast walking for long hour  setiap pagi. Rahsianya ialah bersarapan dengan empat butir tamar, banyak makan buah-buahan dan tidak makan nasi lemak langsung.( Mungkin kerana dia dilahirkan di London, ya?).

"Pak Ungku has long been known for being health-conscious and he continues to eat healthy, with salads as a favourite meal." TheStar online.

Diet orang Malaysia ni teruk juga. Belum masuk makanan ketika raya atau kenduri kendara. Makan sampai tak ingat dunia.

Kawan saya pernah tegur ketika saya di suatu majlis makan. Ketika saya sedang menghitung jumlah makanan saya di pinggan. 

        "Hai~ makan la banyak lagi, kan kamu pakai PB?"
       -" Memang saya pakai PB, tapi cholestrol ni tak semestinya     buat kita gemuk, tapi SURE buat kita cepat mati"

Setakat naik berat badan, saya tak peduli sanagt (PB kan ada), tapi bila doktor beritahu yang darah tinggi, gula tinggi - bill hospital pun tinggi !
Prevention kan lebih baik. 

Selepas bersalin anak sulung, saya lebih menghargai nilai kesihatan, kecantikkan, dan kecergasan. Niat jaga badan bukan semata-mata untuk dipuji tapi lebih baik daripada orang mengata "anak baru sorang, badan dah out giler"
Lepas bersalin, berat badan naik sikit tak apa, asal ada pinggang balik, perut kempis tak mengelebeh. Itu yang penting. 

Lihat celebrity-celebrity wanita berdiet post natal, saya rasa tak sanggup. Cuma makan sesuap dua nasi supaya badan pejal, cuma minum teh dan epal hijau untuk lunch, ambil pil-pil vitamin segenggam setiap hari untuk kekal cergas. Aduh.. kalau saya tak jumpa nasi 1 pinggan sehari, rasa tak boleh hidup. 

Lepas bersalin, saya memang betol-betol patuh berpantang. Biar la orang modern sekarang kata saya ketinggalan zaman. Tapi saya yakin, setiap petua itu ada kebaikannya. 
Saya tak tolak makan minum kunyit dengan limau setiap pagi, pati haruan untuk luka dalaman, rebus buah mengkudu buat cucian. 
Saya berbengkung setiap hari sampai la anak sudah 5bulan sekarang... PB memudahkan amalan bengkung saya disamping memecahkan lemak dikeliling pinggang. 

Cuma saya tahu, tahap kecergasan saya sudah merudum bila naik tangga 2 tingkat pun dah semput. Dulu saya selalu ber 'aerobik' atau berpoco-poco setiap pagi weekend. Sekarang mana ada masa lagi. 
Mujur PB saya bantu maintain & re-shape body saya. 

Siapa taknak cantik sampai tua? Tubuh badan sentiasa kena jaga, muka perlu bersih dan licin dari cela. Semua ini untuk siapa? Untuk suami tercinta juga..

Jangan jadikan alasan tittle ibu kerana asyik sibuk melayan anak akhirnya mengabaikan diri sendiri. Setakat sapu sedikit bedak compact dimuka, dicalit sedikit pelembap bibir atau gincu nipis takkan hilang quality time dengan anak kita. Untuk sarungkan PB pun cuma perlu 5 minit sahaja..
Jagalah perasan suami yang memandang kita setiap hari.

Jadi tolonglah.. jaga badan, jaga kesihatan.



Fikir-fikirkan lah
Cheers


No comments:

Post a Comment