Wednesday, 11 September 2013

Rumah cantik tengah sawah

Salam semua

Syawal dah habis baru sibuk nak tulis pasal raya.
Dah basi dah kan? haha..
Takpe la. Nak jugak post pasal raya ke-2 kat rumah mertua, Tanjung Karang. 

Pagi raya kedua, kami dah bersiap-siap nak bertolak ke Tanjung Karang, Kuala Selangor. Raya tahun ni drive sendiri. Alhamdulillah jalan pegi dan balk dari Kedah tak jam langsung. Kitorg menentang arus traffik, so selamat la. =)

Otw ke selatan ni sempat la bergambar dalam kereta. 
Adam tak meragam. Dia tidur je sepanjang perjalanan.

Sampai je rumah, salam-salam raya dengan mak & bapak, terus start motor nak pegi beraya dalam kampung.
Ni scooter baru bapak. Color pink lagi. Matching dengan baju raya I ~. 
Hubby dah belikan kereta untuk kegunaan bapak kat kampung, tapi masih teringin nak naik motor jugak. Katanya senang nak pegi "medang"

Note: Medang = bahasa jawa untuk minum-minum.

Bapak pantang duduk diam kat rumah. Kalau dia sihat laju saja dia keluar sana sini. Bapak masa muda sangat kuat kerja, bila dah tua ni ada je benda nak dikerjakannya. Sebab tu la dia suka naik motor. Senang & cepat katanya.

Theme color raya kedua - Pink ( ke fushia?)
Adam takleh pakai pink, nanti nampak jambu sangat. So Adam pakai baju merah. 
I love this baju kurung sooo much. Ada kerawang lace kat hujung tangan & baju. Harga pun sangat murah dengan kualiti kain lycra yang bagus & selesa ni. Rugi tak beli je 2-3 pasang aritu. 

Cantikkan pemandangan sawah ni? Ni depan rumah Kang Dar & Kak Tum. 
Padi sedang elok menghijau. 

 Gambar mak dengan anak menantu perempuan. Lagi 2 orang takde dalam gambar - Kak Lily & Kak Shidah.



 Lokasi pengambaran adalah rumah Kang Dar. Rumah kat tengah-tengah sawah. 
Rumah ni dia buat sendiri sikit-sikit. Tiap kali balik ade je project dia buat - tambah bilik la, buat swimming pool la, rumah utk kucing pun dia buat.

Profession Kang Dar bukan la architect atau interor designer. Dia buat ni sekadar suka-suka untuk rumah sendiri. Passion. Hasil kerja tangan dia pun sangat cantik & kemas. Bakat bertukang ni ada dalam darah bapaksebenarnya, turun kat anak-anak dia - Kang Dar & hubby. Hubby tu dok gatal tangan dah nak 'project'kan rumah. Tunggu nak dapat duduk rumah sendiri je lagi ni.

Rumah kat Miri sekarang sewa.
Rumah-rumah yang kitorg beli semua bagi sewa kat orang. Hmm.. bagus tak?
InsyaAllah tak lama lagi dapat dok rumah idaman. Amin..



 Dari cerita raya dah jadi cerita pasal rumah pulak kan. 

Gambar ni adalah satu ruang yang Kang Dar buat khas untuk display koleksi Coca Cola. Banyak sangat-sangat barang Coca -Cola kat sini, macam- macam jenis & dari merata tempat - tersusan kemas & cantik kat sudut ni. 

Coca -cola collection ni dah masuk paper & magazine dah. =)


Bapak dulu buat rumah yang diorg duduk sekarang ni dengan tangan sendiri, beli bahan-bahan buat rumah sendiri, angkut barang-barang tu sendiri. Memang salute la dengan bapak. 
15 tahun lepas bapak buat rumah tu, kos tak banyak untuk bina rumah setingkat dengan 4 bilik tidur, 1 bilik air, living room yang besar. Tapi banyak tak banyak pun RM80 ribu la jugak abes. Tu pun dah save banyak sebab buat semua sendiri. 

Harga rumah sekarang dapat dengan RM80K??
Bak kata Nabil "Lu Pikir La Sendiri" 
hehe

Hubby cakap masa tu dia pun kena tolong susun batu bata buat dinding. Hubby ada serba sedikit knowledge pasal bertukang rumah ni. Kena pulak dengan saya yang memang minat interior design. 
We make a great team. 


Sebenarnya teringin sangat nak balik semenjung & ada rumah sendiri kat sana. Bukan tak suka dok Sarawak ni, tapi normal la.. sanak keluarga semua kat sana. Bila-bila rasa rindu senang nak menjenguk.
Rasa macam perantau je dok kat Sarawak ni. Padahal dalam Malaysia sendiri.
Suasana raya tak terasa pun bila jauh dari family. Huhu.. sedih betol.

Anyway, we know our time untuk berpindah balik belom sampai lagi.
Sabar & redha je dulu.
Semua ketetapan yang Allah bagi ada baiknya. Something yang kita sendiri tak tahu hikmahnya.
So always be positive & dont let it ruin your life.



Semoga jumpa lagi di Syawal tahun depan
assalamualaikum


No comments:

Post a Comment