Monday, 14 January 2013

Cannot sleep

Selamat pagi semua,

Sakit kepala kerana tak cukup tidur malam tadi masih berdenyut- denyut sampai sekarang. 
Mata pun sepet-sepet, bengkak hitam dia bawah mata, merah di kelopak mata. 
Buruk sekali!
Ni semua gara-gara Adam yang susah nak tidur sekarang. Dia makin active, makin banyak ragam, makin banyak akal.. jadi tidur perlu dipujuk, perlu diusap-usap ubun kepala, disyairkan zikir, atau di belai cuping telinganya.

Semalam elok dia terlelap, mata saya jadi segar - berpusing kiri kanan mencari sisi paling enak untuk tidur. Bila mata saya terlelap, Adam merengek pulak. macam tu la sampai berjam-jam - langsung saya tak dapat tidur.

Penat! Kepala dah berat tapi mata tak mahu katup rapat kerana otak masih ligat.
Sampai subuh!

Ya Allah. 

Sebelum menjadi ibu, beratus teori dan formula membesarkan anak berlegar-legar di kepala. Nervous bila tahu banyak perkara perlu dikorbankan bila lahirnya seorang anak dalam hidup saya. Tapi bila lihat dia terlena dalam pangkuan, rasa semua lelah tadi lenyap dia bawa mimpi-mimpi indah dia.

Adam Irfan umur 1 minggu. Masa dalam pantang dulu Adam susah nak tidur malam jugak.

Adam Irfan tidur kepenatan. Suka sangat tengok dia tidur. Peacefully. 

Memang mencabar menjadi seorang ibu. Menguruskan rohani & jasmani anak-anak. Saya yang baru beranak satu sudah bercungap-cungap, macam mana la orang lain yang dah beranak 4-5 orang. 

bye.. nak tidur

1 comment:

  1. baru fhm ble da jadi ibu ni..sgt timing tido da tunggang langgang. skang da mcm jd zombie..hikhik. tp tgok muke anak ilang sume pnt kan. so true! ;)

    ReplyDelete