Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Wednesday, 11 September 2013

Rumah cantik tengah sawah

Salam semua

Syawal dah habis baru sibuk nak tulis pasal raya.
Dah basi dah kan? haha..
Takpe la. Nak jugak post pasal raya ke-2 kat rumah mertua, Tanjung Karang. 

Pagi raya kedua, kami dah bersiap-siap nak bertolak ke Tanjung Karang, Kuala Selangor. Raya tahun ni drive sendiri. Alhamdulillah jalan pegi dan balk dari Kedah tak jam langsung. Kitorg menentang arus traffik, so selamat la. =)

Otw ke selatan ni sempat la bergambar dalam kereta. 
Adam tak meragam. Dia tidur je sepanjang perjalanan.

Sampai je rumah, salam-salam raya dengan mak & bapak, terus start motor nak pegi beraya dalam kampung.
Ni scooter baru bapak. Color pink lagi. Matching dengan baju raya I ~. 
Hubby dah belikan kereta untuk kegunaan bapak kat kampung, tapi masih teringin nak naik motor jugak. Katanya senang nak pegi "medang"

Note: Medang = bahasa jawa untuk minum-minum.

Bapak pantang duduk diam kat rumah. Kalau dia sihat laju saja dia keluar sana sini. Bapak masa muda sangat kuat kerja, bila dah tua ni ada je benda nak dikerjakannya. Sebab tu la dia suka naik motor. Senang & cepat katanya.

Theme color raya kedua - Pink ( ke fushia?)
Adam takleh pakai pink, nanti nampak jambu sangat. So Adam pakai baju merah. 
I love this baju kurung sooo much. Ada kerawang lace kat hujung tangan & baju. Harga pun sangat murah dengan kualiti kain lycra yang bagus & selesa ni. Rugi tak beli je 2-3 pasang aritu. 

Cantikkan pemandangan sawah ni? Ni depan rumah Kang Dar & Kak Tum. 
Padi sedang elok menghijau. 

 Gambar mak dengan anak menantu perempuan. Lagi 2 orang takde dalam gambar - Kak Lily & Kak Shidah.



 Lokasi pengambaran adalah rumah Kang Dar. Rumah kat tengah-tengah sawah. 
Rumah ni dia buat sendiri sikit-sikit. Tiap kali balik ade je project dia buat - tambah bilik la, buat swimming pool la, rumah utk kucing pun dia buat.

Profession Kang Dar bukan la architect atau interor designer. Dia buat ni sekadar suka-suka untuk rumah sendiri. Passion. Hasil kerja tangan dia pun sangat cantik & kemas. Bakat bertukang ni ada dalam darah bapaksebenarnya, turun kat anak-anak dia - Kang Dar & hubby. Hubby tu dok gatal tangan dah nak 'project'kan rumah. Tunggu nak dapat duduk rumah sendiri je lagi ni.

Rumah kat Miri sekarang sewa.
Rumah-rumah yang kitorg beli semua bagi sewa kat orang. Hmm.. bagus tak?
InsyaAllah tak lama lagi dapat dok rumah idaman. Amin..



 Dari cerita raya dah jadi cerita pasal rumah pulak kan. 

Gambar ni adalah satu ruang yang Kang Dar buat khas untuk display koleksi Coca Cola. Banyak sangat-sangat barang Coca -Cola kat sini, macam- macam jenis & dari merata tempat - tersusan kemas & cantik kat sudut ni. 

Coca -cola collection ni dah masuk paper & magazine dah. =)


Bapak dulu buat rumah yang diorg duduk sekarang ni dengan tangan sendiri, beli bahan-bahan buat rumah sendiri, angkut barang-barang tu sendiri. Memang salute la dengan bapak. 
15 tahun lepas bapak buat rumah tu, kos tak banyak untuk bina rumah setingkat dengan 4 bilik tidur, 1 bilik air, living room yang besar. Tapi banyak tak banyak pun RM80 ribu la jugak abes. Tu pun dah save banyak sebab buat semua sendiri. 

Harga rumah sekarang dapat dengan RM80K??
Bak kata Nabil "Lu Pikir La Sendiri" 
hehe

Hubby cakap masa tu dia pun kena tolong susun batu bata buat dinding. Hubby ada serba sedikit knowledge pasal bertukang rumah ni. Kena pulak dengan saya yang memang minat interior design. 
We make a great team. 


Sebenarnya teringin sangat nak balik semenjung & ada rumah sendiri kat sana. Bukan tak suka dok Sarawak ni, tapi normal la.. sanak keluarga semua kat sana. Bila-bila rasa rindu senang nak menjenguk.
Rasa macam perantau je dok kat Sarawak ni. Padahal dalam Malaysia sendiri.
Suasana raya tak terasa pun bila jauh dari family. Huhu.. sedih betol.

Anyway, we know our time untuk berpindah balik belom sampai lagi.
Sabar & redha je dulu.
Semua ketetapan yang Allah bagi ada baiknya. Something yang kita sendiri tak tahu hikmahnya.
So always be positive & dont let it ruin your life.



Semoga jumpa lagi di Syawal tahun depan
assalamualaikum


Friday, 7 September 2012

Aidil Fitri di Kedah

Seminggu raya
Taman Sri Menanti, Alor Setar


Puas beraya di rumah mertua pada raya pertama, 
tiba giliran beraya di kampung saya di Kedah pulak.

Flight dari KLIA ke ALOR SETAR tengah hari
Tengah bersiap-siap nak berangkat, sempat juga experienced satu lagi tradisi raya yang unik dikalangan orang Jawa ni..

BARAAN
Baraan adalah aktiviti ziarah raya oleh penduduk kampung untuk beraya dari rumah ke rumah secara berkumpulan.
Selalunya pada hari raya ke-dua, setiap rumah akan menghantar seorang wakil lelaki dewasa untuk menyertai baraan ni. Diorang akan berkumpul di salah satu rumah, dah start tour satu kampung...

JOM kita tengok
nindiaaa.. depa dah maiii...
tengah tunggu yang lain-lain sampai

tengok ni berapa banyak motor dok ada..


 setengah lepak kat luaq.. sebab kat dalam dah penuh. 
Patut la rumah mak banyak sangat kerusi meja. 

 tengok.. semua meja penuh balang kuih raya & ayaq sirap & ayaq F&N
Tu la orang habaq ritu tak caya

 Lepas salam-salam dengan tuan rumah, minum ayaq seteguk dua, makan kuih raya seketoi dua.. depa pun balik. Sat saja.. cukup syarat saja.
Husband saya kata, masa depa mai, ada la ucapan raya apa taktau. 

ish awat dok jadi loghat utara pulak ni..
hahaha...
tak sabaq aih nak balik kedah




OTW to KLIA..
Theme Color - je-ghre-mia (purple) =P

Ija tolong hantar ke airport. 
As a traveller, stroller COMBI ni sangat useful untuk ke sana sini. Adam pun tak kesah tidur dalam stroller ni. Tak la dia penat sangat.  

 Sementara tunggu boarding time, brunch dulu kat airport. 
"Adam stay dalam stroller je ye.. mommy & daddy nak makan kejap"

Ooooo.. he saw something...
 Adam.. No! Jangan tarik handbag & purse raya mommy tu..

Alhamdulillah, rezeki dengan PB, dapat la tukar handbag & purse raya ni. Kalau nak harap duit gaji je, tak merasa la nak pakai handbag & purse mahal macam ni. 

 as replacement - 
Adam play with his duit raya purse present from Aunty Naa.
Thanks Aunty Naa, kalau takde purse ni bertabur duit raya Adam dalam handbag mommy. 

 Adam tidur kat atas daddy.. selesanyaaa..

Akhirnya, selamat landing kat Airport Alor Setar. 
Alhamdulillah =)

Sampai rumah kat Taman Sri Menanti, 
MY HOME SWEET HOME~

mama dah siap masak mee kari, her specialty
& macam biasa..
 kalau ada mee mesti kena ada nasi jugak,
Nasi tomato & ayam masak merah
yuuummyyyyy...~

Raya kedua memang mama akan masak banyak-banyak sebab keluarga dan sahabat akan datang beraya. So kami tunggu rumah je.
Orang datang rumah tak berhenti-henti dari lepas Asar sampai malam.

Kat Kedah pulak lain, kalau saudara-mara datang mesti lama, siap solat 1 fardhu =)

On 3rd Syawal
Continue dengan rumah terbuka lagi
Hari ni mama masak bihun sup pulak untuk tetamu yang datang petang nanti
Untuk lunch bersama family, mama masak masakan kampung je
tapi itu la yang paling sedap..
Nasi putih, sayur rebung masak lemak, sambal belacan, ulam-ulam, ikan siakap goreng, sayur kacang buncis

(*Mama je masak semua kalau kat rumah, 
saya tolong makan & kemas dapur je.. hehe)

4th Syawal
Kami sekeluarga belom salam raya lagi since 1st day. Abah senjaga tunggu saya balik dulu. Abah kata tak best kalau salah sorang anak dia takde.

so pagi-pagi, kami semua bersiap-siap nak bersalam raya
mula dengan mama & abah

 Sayang Abah..

Bagi duit raya kat mama & abah, & adik2.
Budget raya tahun ni naik lagi.. Alhamdulillah. 
Semoga rezeki selalu cukup untuk keluarga tercinta.

Saya pun masih dapat duit raya dari mama & abah sampai hari ni. 
Mama selalu pesan "biar la sekecil mana pun pemberian kita, tapi ia akan jadi berkat"

Hubby salam dengan mama


Happynya dia dapat duit raya dari mak mertua =)

 Awfa salam dengan Oma

Awfa Insyirah

 "Ampun kaklong"


 Adam pun dapat banyak duit raya dari pakcik-pakcik yang masih study.
Terima kasih pak ngah, pak chik, pak ndak..
semoga sentiasa murah rezeki

 my youngest sister

my sisters.. 

MY FAMILY 





Semoga kita akan selalu menjadi keluarga yang bahagia.
AMIN

on 5th Syawal

 Tiap-tiap pagi Awfa datang cari Adam kat sini. 
oh yaa.. sini la kami anak beranak tidur tiap-tiap malam. 
Mama suruh tidur dalam bilik, tapi kami yang taknak sebab sini lebih sejuk & luas. 

Tengok la, hanya berlapikkan tilam nipis (toto). Sejak pakai PB, tidur berlapik toto ni dah takde masalah lagi dah. Sakit pinggang dah totaly gone. Amazing kan?
Saya sendiri pun tak sangka =)

Last time balik kedah bulan May dulu, saya siap belikan lagi extra toto untuk lapik tidur saya seorang. 
ingatkan balik kali ni nak beli tilam foam yang lebih tebal. So tak jadi la nak beli tilam.  Budget tu boleh belikan abah 2 unit kipas ceiling yang dah uzur kat bilik & ruang tamu. 


 Jalan-jalan kat bandar Alor Setar cari kipas ceiling. 
Banyak kedai masih tutup sempena raya. =(

Malam pulak bawa semua family pegi makan seafood kat Restaurant Nala. SEDAP..!
Tomyam seafood ada ketam.. first time tengok. hehe

 tok chah pun ikut sekali




 Habis licin semua makanan..Alhamdulillah. 

Sekali sekala dapat balik kampung, memang rasa tak puas.
Yang penting dapat quality time dengan semua ahli keluarga

SALAM AIDILFITRI

Lots of  love,
Anith



Aidilfitri - 1st Syawal

Hari raya pertama.
Kg. Sawah Sempadan, Tanjung Karang, 
Kuala Selangor


Raya kali ni 1st day kat kampung husband di Sawah Sempadan. 
Ni lah 1st time saya beraya hari pertama kat sini.
 Tahun lepas di kampung saya, Alor Setar.

Pengalaman yang sedikit berbeza sebab keluarga suami saya orang Jawa.
Selain daripada Bahasa Jawa yang masih kuat menjadi bahasa pengantaraan dikalang ahli keluarga, yang sering buat saya ternganga sentiasa (sebab tak paham), 
makanan dan cara aktiviti beraya pun agak berbeza.


 Theme this year - PINK & ORANGE ~ =) =)

Budak kecik ni takde baju melayu- so pakaikan dia suit kemeja & slack Trudy & Teddy je.


Kasut raya Adam~
So cute kan? macam kasut daddy dia. hehe
Beli masa tengah pregnant dulu, bila nampak terus berkenan. 
Nasib baik muat-muat pakai time raya ni

Selepas solat Aidil fitri & breakfast ketupat dengan rendang daging




Bila semua adik beradik dah berkumpul kat rumah bapak, kami semua bersalam raya & sesi bagi duit raya. 
Yeay.. Adam dapat banyak duit raya daripada atok & nenek; wak-wak & bibik-bibik. 
Terima kasih!! 
Nanti boleh simpan duit raya dalam Akaun SSPN


Family Potrait lepas salam raya =)


Selesai bersalaman, kami semua konvoi 4 kereta menziarah saudara-saudara di sekitar kampung. Setiap rumah ambil masa 20-30 minit je sekadar berkunjung & bertemu saudara jauh yang balik beraya di kampung juga. 

Satu perkara yang saya perasan, setiap rumah yang saya kunjungi, balang kuih raya PENUH meja. Kalau ada 3 meja, ke-tiga-tiga meja lah penuh dengan bermacam jenis kuih, kerepek, kacang-kacang jajan, jeruk buah-buahan, kek. 

Tuan rumah akan hidangkan pelbagai jenis air manis dalam kotak, air F&N macam-macam perisa, atau air sirap/sarsi. 
Memang meriah! Sampai taktau nak pilih yang mana satu nak rasa.  

Berbeza dengan di Kedah, tuan rumah akan menjamu makanan yang agak berat pada hari raya pertama seperti nasi tomato, nasi minyak, nasi daging, mee kari, mee bandung, soto.. macam-macam lagi. Tak campur ketupat pulut, nasi himpit, rendang2 lagi. kuih raya cuma 5-6 balang saja. So kalau beraya rumah saudara di Kedah, siap la perut. 



 Adam kepenatan


Lepas dah penat tour satu kampung, last destination adalah rumah abang & kakak ipar. 
Cuaca agak panas time beraya ni. Nasib baik Adam sentiasa jadi good boy.

Tiap kali masuk kereta je dia tidur sekejap. 
Masa ni dah penat sangat, sampai angkat masuk dalam rumah kakak ipar pun tak sedar & terus sambung tidur. 


Kat rumah abang ipar. Rumah cantik tengah sawah. 

Jom bergambar dulu~

( adam masih lena kat dalam rumah)

"Laa.. apsal tak butang baju ni?" 
-"Panas laaa"


Tiga gadis pingitan..
Adik kembar (Ija & Epi) dengan anak sedara, Fatin.

Saje je Ija & Epi pakai baju sama sebijik raya tahun ni, sebab bulan September ni Epi dah kahwin. 
Raya tahun depan takde can la nak pakai baju sama lagi. 

Ziarah raya sambung lagi sebelah petang, lepas ni ke Ijok pulak. Rumah saudara sebelah mak.

Jalan menghala ke Ijok tak sesak sangat. 

Dah lewat petang, perut pun dah terasa sangat lapar. 

Terasa nak makan seafood pulak. Ada ke restaurant bukak raya-raya ni?
Abang ipar try contact beberapa restaurant sekitar Ijok
Akhirnya ada satu restorant tepi pantai buka malam tu..Memang rezeki kami agaknya.




We are the only customer. Tengah menunggu makanan dihidang. 

Menu dah order awal-awal lagi thru phone petang tadi. 


Menu yang dipilih:

Ikan Siakap masak steam
Ikan pari bakar & air asam 
Kerang rebus
Lala masak pedas
sayur campur
sotong goreng tepung
fresh orange
SEDAP..! Makan sampai nak pecah perut.

Kesian tukang masak, raya-raya kene kerja, melayan perut kami yang lapar ni

Harga??
Of course la agak mahal dari biasa..
Sesekali belanja family untuk happy. =)


Adam dah restless. Semua orang pun dah kekenyangan & kepenatan.
1st syawal berakhir dengan senyuman

JOM BALIK TIDUR...~


Esok nak fly ke Kedah pulak...




SALAM AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR BATIN



Love,
Anith & Family