Showing posts with label foods. Show all posts
Showing posts with label foods. Show all posts

Friday, 19 July 2013

Kedah.. Oh..Kedah


Hidup di perantauan ni jarang-jarang dapat balik kampung. 
(ok ok - takde la perantau sangat, Miri je pun.. budget macam stay kat oversea je kan?.heh)
Tapi seriously, dalam setahun cuma sekali dua je bleh balik kedah. 
Sebab pertama, sesekali nak balik makan masa 2 hari untuk travel MIRI-KL-ALOR STAR. So balik kampung over the weekend is not posibble. Kedua, cuti hubby tak banyak dah yang tinggal. Lepas tolak cuti-cuti wajib seperti cuti Raya Puasa & Raya Haji, cuti pegi Korea nanti, tinggal sisa-sisa 2-3 hari je. Tu pun nak simpan kot-kot ada emergency. 

So saya ni merindu dendam la nak balik kampung.

One day, hubby bagitau dia perlu attend technical course kat KL selama 7 hari ( termasuk Sabtu & Ahad). That course is API certification - the schedule will be very tight, test will be conducted at the end of the course, & need to seat for examination after the course to be certified. So he need to be focus on the course, takde masa nak shopping2 & pegi jalan-jalan kalau saya ikut dia ke KL. Staying at Miri alone with Adam for that long period is the least that i want. 
Looking at the condition, he decided to sent me & adam balik kampung selama course tu berjalan. Yeayy..!! 

All the preparation done. Abah & mama turun KL untuk hadiri kenduri kahwin & we all met at my apartment in Kajang. The next day, saya & Adam ikut mama & abah balik kedah. Tinggal la hubby sorang2 kat KL.
Mixed feeling masa tu- happy sebab dapat spent time dengan my parents & siblings kat sana, but at the same time sedih sebab takde bersama hubby. This is the longest period kitrong terpisah jauh sejak kahwin. huhu. And for Adam, this is the longest road trip for him.

note: saya sanggup berpantang sendiri kat sarawak dulu- sanggup tak balik kampung sebab taknak jauh2 dari hubby. 


Sepanjang perjalanan ke kedah, hati sebak je. air mata mengalir di pipi. Hahaha
Ye, saya memang jiwang.! Nasib baik masa tu malam, so boleh la cover. Malu la jgk kalau orang nampak especially my parents. 
Hmm.. Sebab tu saya sangat respect pasangan yang long distance relationship ni. Korang memang sangat kuat.!

Alhamdulillah perjalanan yang mengambil masa 5 jam tu dipermudahkan. Adam pun ok, takde meragam apa2 pun. 

GLAD to be HOME
Walau macam mana best pun rumah kita sendiri, kampung halaman & rumah tempat kita membesar tetap di hati. No matter what! Agree with me?

Basically tak ada spa sangat pun yang saya rancang nak buat kat Kedah - just purely spending quality time with my parents & adik2 & visiting other relatives. Merapatkan lagi ikatan kekeluargaan especially for Adam yang  jarang-jarang jumpa family, takut lama-lama dia tak kenal pulak.

Adam suka ikut Oma (his grandma) mengaji. Bila Oma baca, dia pun ikut baca dalam bahasa dia sendiri. hehe. sejuk hati mommy =) .. semoga anak yang soleh bila besar nanti.  
Adam got his company, Awfa - his niece. Kadang-kadang boleh berkawan elok, kadang-kadang bergaduh sampai nangis-nangis terutamanya bila berebut barang permainan & buku. 

Adam tak biasa berkongsi barang. Dia jadi marah bila barang dia orang lain kacau. Pening jugak kepala nak leraikan pergaduhan diorg ni.
note: saya perlu belajar parenting lagi ni.  

Adik saya, Ariff baru pulang dari Mekah menunaikan ibadah umrah. Dia hadiahkan Adam & Awfa jubah hitam ni. Adam looks so hensem! Awfa pun sangat cute dengan jubah ni. aduhaii.. anak mommy sorang ni... 
Jubah ni simpan untuk pakai pagi raya nanti ok. Tak sabar tunggu raya nanti.


Adam & Oma kat office. 
Syok la Oma dia, Adam datang jemput petang-petang. =)

Great & comfort food
Acara makan nasi tepi rumah- acara wajib bila ramai-ramai berkumpul. 
Masa ni hari jumaat, lunch before the gentlemen pegi Solat Jumaat. 
Special dish from mama - gulai tulang (lembu), sup ayam, ayam masak kicap, ikan goreng, ulam-ulaman, sambal tumbuk. Confirm 3 kali tambah nasi! 

Diet?? seminggu diet saya punah, hancur lebur
Rugi la kalau diet kat kedah ni. Saya dah siap list of food yang saya mengidam nak makan. antaranya..
Cendol
Mee goreng mamak Derga 
Nasi royale
Murtabak special air tangan tok saya 
( saya tak makan murtabak lain selain yang ni)
Nasi arab tok 
Nasi lemak bungkus daun pisang RM1 
(kat Miri ni mana ada nasi lemak RM1 ni. paling simple pun rm3 dah - tu pun tak sedap mana)
Roti jala dekat Stadium Darulaman 
(roti jala terbaik! - teksture roti jala tu sangat lembut, melt in your mouth gitu) 
Char keteow Iman
Nasi ayam Tat 
(owner kedai ni dulu driver bas sekolah saya dari darjah satu sampai tingkatan 3. Sekarang dia dah bukak 25 cawangan Nasi Ayam Tat seluruh malaysia. Caya la Abang Tat!) 

Ni tak termasuk home cooked mama lagi..

Note: maaf la ye semua makanan ni tak sempat saya ambik gambar, dah selamat dalam perut.

Seperti yang dijangkakan, berat saya naik 1kg! 
Never mind - lepas minggu ni, jaga diet balik, pakai PB secara consistence. 
Dapat turun balik extra kilo tadi. 



Bila balik kedah, automatic saya tak jadi chef.
Mama yang masak semua, saya tolong kemas dapur je.
Happy sangat bila saya tengok mama memang guna Biozone. 
Buat cuci ikan ayam, sayur-sayur , kerang udang. Berbaloi setiap sen yang saya keluarkan, Biozone ni dipakai untuk seisi keluarga. Ini je yang mampu saya bagi kat mama & family saya yang jauh. Nak tolong masak setiap hari dah tak dapat, at least dengan biozone, makanan yang dimasak jadi lebih berkhasiat & selamat. =)

 Business mode on

Walaupun balik cuti lama-lama, business still dapat berjalan macam biasa. Orders tetap datang, income tetap masuk, business sharing sentiasa on demand. Ini lah kelebihan online business dengan GLAM 
We carry our business everywhere we go

Time to go
a week has gone. 
Puas dapat balik kampung time orang lain sibuk berkerja. =P
Masa tu pulao kebetulan jerebu tengah dasyat kat KL and Miri. Perfect timing i could say.. Right decision balik kedah ni. 
Alhamdulillah, Allah gave the best for us. 

Time to go home. Tak sabar nak jumpa hubby. Adam pun sangat rindukan daddy dia. Few nights Adam tak dapat tidur lena. Teringat kat daddy rasanya. 
We met at KLIA then fly back to Miri. 

Kedah.. see you soon 
Looking forward for iftar in Kedah with my family
insyaALLAH. 



PROUD TO BE KEDAHAN
-ANITH- 

Monday, 10 June 2013

On my birthday

28 May 2013 - genap 29 tahun saya lahir. Last year sebelum masuk 30 series. 
Kebetulan birthday kali ni time holiday kat kampung. 

Since the last few months, hubby saya dok minta hint nak hadiah apa this year. Birthday present kot..mana aci bagi hint. Nak surprise birthday present la baru best.. 
Dah masuk bulan May pun dia sibuk dok tanya lagi. Geram pun ada. Tapi biarkan je. Kadang-kadang hubby saya ni poyo je, konon-konon takde apa-apa macam last year. 
No, i never believe him.
Just wait for it.

When we arrived KL, I give him suggestion to celebrate my birthday (only two of us) & tengok wayang cerita romantic. Dia pun setuju. So thats the plan on my birthday. 

I am so excited waiting for that moment. Lama dah tak tengok wayang berdua since pregnant Adam dulu sampai la adam dah setahun lebih. Nak dating-dating macam dulu..haha.

On the special day
Bangun dari tidur, celik mata, tengok ada satu paper bag yang saya memang kenal sangat la. Awal-awal macam tak percaya je nampak paper bag tu. "ishh.. isinya benda lain kot.."
Terketar-ketar tangan seluk dalam paper bag tu..ada satu kotak kecil dalam bag tu. Suara macam dah kat tengah-tengah tekak dah ni..tahan je tak kasi keluar. 

Bila bukak je kotak comel yang ber "ribbon" putih tu, i just cant hold my voice any longer, jerit tak percaya...

I got my 1st chanel on my birthday!!!!


A Chanel brooch. Sangat cantik - simple & sweet. 
a precious gift daripada hubby. Thank you so muchhh..
To have a Chanel - My dreams come true.

Pastu rasa geram yang amat sangat, sebab dia dok cakap takde hadiah apa-apa tahun ni. 
"ok.. u dah guna trick yang sama in 2 years in a row. Next year, sumpah tak percaya lagi. Abis la u...."

Brooch tu my hubby order dari kawan dia, Yla from Germany, way cheaper dari beli kat Malaysia. Pastu Ija, adik ipar saya pun bersekongkol jugak dengan plan ni. Dia drive pergi Seremban untuk amek brooch ni dari Yla. Rupanya plan ni dah lama dah. Bijak-bijak...

Thanks to Yla, Ija, Epi yang bersusah payah untuk hasilkan surprise yang awesome ni. Tak dapat hidu langsung. Thank hunny, i love u so much. 

So our plan nak celebrate my birthday still on. We went to One Utama for lunch, shopping & nak tengok wayang. 

Muka happy birthday girl.. sengih sampai telinga



Muka orang tak bersalah yang plan semua ni.. hehe



 Our guilty food from T.G.I. F. 
Makan sampai tak larat nak jalan. 

 Little cupcake waiting for her turn to be NGAPP



Unfortunately we are running out of time & kena balik awal. So we decided to dropped movie agenda. =(

Habis pusing OU, singgah pulak kat SACC Mall, Shah Alam nak usha baju raya. 
Terserempak dari jauh dengan my mentor Naa Kamaruddin. She got an appointment with her client. 

Then i have another cake on my birthday for tea break at Secret Recipe. 


Birthday outing yang best. Again, thank you hunny for this wonderful treats. 

Birthday wishes from him. You are the best.. 


P/S: Thank you very much to all my families & friends yang wish happy birthday aritu. Terharu sebab dapat banyak sangat wishes. =) =) =)


Love,
Anith

Monday, 13 May 2013

Place to eat in Miri - SURF & TURF


Hai...
This time nak share pasal tempat makan yang best sekitar bandar Miri, Sarawak.
pada yang sesekali datang Miri, boleh la singgah makan di sini. 

Ok sebenarnya kat Miri ni banyak sebenarnya tempat makan. Saya pun belum habis explore lagi. 
Makanan pun boleh tahan sedap.

The place I'm going to share this time
 is SURF & TURF
haaa.. dengar nama pun dah boleh agak kan?
It is seafood & BBQ restaurant. Fusion dining..

Saya tertarik dengan restaurant ni sebab unit, interior deco for the restaurant pun menarik, menu pun best-best. Macam nak try semua sekali..

Sebenarnya saya & hubby selalu nampak kedai ni because it is located near our house. Tiap kali keluar masuk area Permyjaya mesti akan nampak kedai ni - kedai tepi jalan besar. 

Everytime lalu mesti teringin nak pegi sebab dari jauh nampak cozy je restaurant ni. 
On a one fine evening, we decided to try.  

 As expected, memang deco restaurant ni menarik. 
Main counter & dinding dibuat daripada kayu without any paint. Theme restaurant ni ala-ala pantai & laut sket. Sesuai la dengan namanye.. Surf. 

Selalu tengok cerita Restuarant Makeover, restaurant ni pun macam ada touch "restaurant makeover' sket la. Nak lepak lama-lama pun rasa selesa. Apetah lagi nak jumpe client. =)



 A corner for dining outside. Long table for a group of guess. 

 Masa kitrg pegi tak ramai orang pun. 
Ada magazines rack kat sebelah tu, magazine French pulak tu. 
Adam ni kena ada buku, baru boleh duduk diam. 

While waiting for our finger food. 
Niat nak cari tempat untuk makan petang je..
so tak order makanan berat.



Some of the menu.. menarik kan? 

Menu nye tak banyak berjela-jela macam sesetengah kedai makan. 
Tapi bila nak order... "minta maaf, ni takde kak"
ataupun "eh sama je nasi goreng u dengan nasi goreng i, cuma tambah telur mata je"
Hehe.. selalu terkena dah. Buat sakit hati je.


Price quite OK 
Definitely will come again to try all. =)
 
This is cheese cake with apple compote. Apetah maksudnye saya pun tak tau. Tapi rasanya memang best. Rasa light je cheese cake ni.


Ni pulak sotong goreng tepung western style. Texture terbaik. Sotong tak liat, kulitnya crunchy. Dip ni pulak taktau la ape.. tapi rasa macam twieties. hahaha. MESTI TRY!

Another sitting option. 
Daddy bawak Adam main kat luar sementara mommy habiskan cheese cake. 
Macam ni la ada anak kecik, makan bergilir-gilir kalau tak kena mood dia. 


Ok.. thats all for now.
Waiter yang serve food tadi asyik pandang semacam je sebab saya asyik dok snap2 gambar. "spy ke ape dia ni" =p
Definitely saya tai sakit mental ye.. 
hehe

Hope this will help siapa-siapa yang dah abes idea nak pegi makan mana kat Miri. 
this is a new place to explore.


Friday, 7 September 2012

Aidil Fitri di Kedah

Seminggu raya
Taman Sri Menanti, Alor Setar


Puas beraya di rumah mertua pada raya pertama, 
tiba giliran beraya di kampung saya di Kedah pulak.

Flight dari KLIA ke ALOR SETAR tengah hari
Tengah bersiap-siap nak berangkat, sempat juga experienced satu lagi tradisi raya yang unik dikalangan orang Jawa ni..

BARAAN
Baraan adalah aktiviti ziarah raya oleh penduduk kampung untuk beraya dari rumah ke rumah secara berkumpulan.
Selalunya pada hari raya ke-dua, setiap rumah akan menghantar seorang wakil lelaki dewasa untuk menyertai baraan ni. Diorang akan berkumpul di salah satu rumah, dah start tour satu kampung...

JOM kita tengok
nindiaaa.. depa dah maiii...
tengah tunggu yang lain-lain sampai

tengok ni berapa banyak motor dok ada..


 setengah lepak kat luaq.. sebab kat dalam dah penuh. 
Patut la rumah mak banyak sangat kerusi meja. 

 tengok.. semua meja penuh balang kuih raya & ayaq sirap & ayaq F&N
Tu la orang habaq ritu tak caya

 Lepas salam-salam dengan tuan rumah, minum ayaq seteguk dua, makan kuih raya seketoi dua.. depa pun balik. Sat saja.. cukup syarat saja.
Husband saya kata, masa depa mai, ada la ucapan raya apa taktau. 

ish awat dok jadi loghat utara pulak ni..
hahaha...
tak sabaq aih nak balik kedah




OTW to KLIA..
Theme Color - je-ghre-mia (purple) =P

Ija tolong hantar ke airport. 
As a traveller, stroller COMBI ni sangat useful untuk ke sana sini. Adam pun tak kesah tidur dalam stroller ni. Tak la dia penat sangat.  

 Sementara tunggu boarding time, brunch dulu kat airport. 
"Adam stay dalam stroller je ye.. mommy & daddy nak makan kejap"

Ooooo.. he saw something...
 Adam.. No! Jangan tarik handbag & purse raya mommy tu..

Alhamdulillah, rezeki dengan PB, dapat la tukar handbag & purse raya ni. Kalau nak harap duit gaji je, tak merasa la nak pakai handbag & purse mahal macam ni. 

 as replacement - 
Adam play with his duit raya purse present from Aunty Naa.
Thanks Aunty Naa, kalau takde purse ni bertabur duit raya Adam dalam handbag mommy. 

 Adam tidur kat atas daddy.. selesanyaaa..

Akhirnya, selamat landing kat Airport Alor Setar. 
Alhamdulillah =)

Sampai rumah kat Taman Sri Menanti, 
MY HOME SWEET HOME~

mama dah siap masak mee kari, her specialty
& macam biasa..
 kalau ada mee mesti kena ada nasi jugak,
Nasi tomato & ayam masak merah
yuuummyyyyy...~

Raya kedua memang mama akan masak banyak-banyak sebab keluarga dan sahabat akan datang beraya. So kami tunggu rumah je.
Orang datang rumah tak berhenti-henti dari lepas Asar sampai malam.

Kat Kedah pulak lain, kalau saudara-mara datang mesti lama, siap solat 1 fardhu =)

On 3rd Syawal
Continue dengan rumah terbuka lagi
Hari ni mama masak bihun sup pulak untuk tetamu yang datang petang nanti
Untuk lunch bersama family, mama masak masakan kampung je
tapi itu la yang paling sedap..
Nasi putih, sayur rebung masak lemak, sambal belacan, ulam-ulam, ikan siakap goreng, sayur kacang buncis

(*Mama je masak semua kalau kat rumah, 
saya tolong makan & kemas dapur je.. hehe)

4th Syawal
Kami sekeluarga belom salam raya lagi since 1st day. Abah senjaga tunggu saya balik dulu. Abah kata tak best kalau salah sorang anak dia takde.

so pagi-pagi, kami semua bersiap-siap nak bersalam raya
mula dengan mama & abah

 Sayang Abah..

Bagi duit raya kat mama & abah, & adik2.
Budget raya tahun ni naik lagi.. Alhamdulillah. 
Semoga rezeki selalu cukup untuk keluarga tercinta.

Saya pun masih dapat duit raya dari mama & abah sampai hari ni. 
Mama selalu pesan "biar la sekecil mana pun pemberian kita, tapi ia akan jadi berkat"

Hubby salam dengan mama


Happynya dia dapat duit raya dari mak mertua =)

 Awfa salam dengan Oma

Awfa Insyirah

 "Ampun kaklong"


 Adam pun dapat banyak duit raya dari pakcik-pakcik yang masih study.
Terima kasih pak ngah, pak chik, pak ndak..
semoga sentiasa murah rezeki

 my youngest sister

my sisters.. 

MY FAMILY 





Semoga kita akan selalu menjadi keluarga yang bahagia.
AMIN

on 5th Syawal

 Tiap-tiap pagi Awfa datang cari Adam kat sini. 
oh yaa.. sini la kami anak beranak tidur tiap-tiap malam. 
Mama suruh tidur dalam bilik, tapi kami yang taknak sebab sini lebih sejuk & luas. 

Tengok la, hanya berlapikkan tilam nipis (toto). Sejak pakai PB, tidur berlapik toto ni dah takde masalah lagi dah. Sakit pinggang dah totaly gone. Amazing kan?
Saya sendiri pun tak sangka =)

Last time balik kedah bulan May dulu, saya siap belikan lagi extra toto untuk lapik tidur saya seorang. 
ingatkan balik kali ni nak beli tilam foam yang lebih tebal. So tak jadi la nak beli tilam.  Budget tu boleh belikan abah 2 unit kipas ceiling yang dah uzur kat bilik & ruang tamu. 


 Jalan-jalan kat bandar Alor Setar cari kipas ceiling. 
Banyak kedai masih tutup sempena raya. =(

Malam pulak bawa semua family pegi makan seafood kat Restaurant Nala. SEDAP..!
Tomyam seafood ada ketam.. first time tengok. hehe

 tok chah pun ikut sekali




 Habis licin semua makanan..Alhamdulillah. 

Sekali sekala dapat balik kampung, memang rasa tak puas.
Yang penting dapat quality time dengan semua ahli keluarga

SALAM AIDILFITRI

Lots of  love,
Anith