Showing posts with label Biozone. Show all posts
Showing posts with label Biozone. Show all posts

Tuesday, 30 April 2013

Eat healthy for our family




Saya masih ingat pesan mama,
Saya sentiasa ingat pesan tu setiap kali nak masak.
Mama pesan "Basuh dulu sayur-sayur tu sebelum masak. Cuci bersih bersih, selak daun-daun tu, biaq lama sikit basuh takpa. "

Mama pun tak pernah lupa nak basuh ikan & ayam yang baru sampai dari pasar borong (mama panggil market borong) dengan satu pencusi khas, sejenis liquid dari jemana XXXXXX.
"Pakai ni untuk cuci ikan ayam," -sambil tunjuk botol kecil tu.
"Habeh keluaq hanyaq2 (hanyir) ikan ni.."
Kak long beli satu simpan kat rumah.."

Dah bertahun mama pakai liquid cleanser tu.
Seingat saya mama tak pakai pun pencuci tu masa saya kecik-kecik dulu.
Semua ni berubah bila arwah maksu pesan kat mama masa dia tengah sakit tenat.

Arwah maksu meninggal beberapa tahun dulu, satu-satunya adik perempuan abah.
Maksu menderita sakit beberapa tahun. Saya kurang ingat keseluruhan cerita, tapi yang saya tahu maksu menderita sakit leukaemia. Abah pernah dermakan air sum sum tulang belakang untuk maksu pulih. Saya masih bersekolah masa tu.

Saya masih ingat,
Kami & keluarga maksu sangat rapat. Tiap kali maksu balik kedah mesti bermalam di rumah kami sehari dua. Saya sgt sedih bila maksu sakit, tengok arwah terlantar di katil, tak berdaya.. buat hati saya pedih. Maksu meninggal di usia yang muda, tinggalkan empat orang anak yang masih kecil masa tu. Abah sangat sedih, lagi sedih adalah arwah tok bila terpaksa tengok anak tunggal perempuan pergi lebih awal dari dia.

Saya masih ingat,
Ketika arwah maksu sedang sakit tak bermaya, kami sekeluarga ke KL menziarahi arwah. Dia bagitau pada mama & abah, doctor cakap punca sakit dia dari makanan. 
Doktor minta cuci bahan makan bersih-bersih, terutama sayur & buah. 
Sejak hari tu, mama amalkan pesanan arwah maksu.

Dan selama tu la jugak mama tak henti-henti pesan kat anak-anak perempuan dia (termasuk la menantu) supaya basuh bersih-bersih sebelum masak.

Saya ada beli satu botol jenama yang mama syor, tapi yang tinggal cuma jenis powder.
Masalah dengan powder ni, bila terkena air, serbuk tadi bergumpal, melekit dan tak susah nak guna. Terpaksa buka penutup botol & colek dengan hujung sudu yang runcing. Leceh.. !
Jarang-jarang saya pakai..
Lagi pulak, saya rasa kurang hygenic pulak cara tu.

Sekarang ni bila saya kenal & pakai Biozone. Saya memang teringat kat mama.
Kalau la mama pakai biozone ni.. mesti dia lagi impress.
Lagi banyak hanyir yang keluar dari ikan, udang, sotong..
Lagi segar sayur-sayur yang dah dicuci dengan Biozone.
Mesti ternganga mama tengok buih-buih yang keluar dari mangkuk tu. Kotor & busuk!



Dan yang paling penting biozone tak pakai chemical (liquid or powder)
Biozone menukarkan oksigen kepada ozon. 




Fikir-fikirkan..

Berapa orang dari kita yang tak basuh pun sayur-sayur sebelum masak, ambil dari peti ais, terus potong-potong dan campak dalam kuali - Sebab nak cepat & anggap remeh. 
Siapa yang di antara kita fikir selama ni basuh pakai air pipe dah cukup bersih. Basuh la berapa lama sekali pun, bahan - bahan yang berbahaya tadi tidak akan terhapus.

Ada orang fikir, "Alah.. dah bertahun-tahun dari nenek moyang kita makan tak basuh pakai biozone pun, sihat je.
Zaman dah berubah, Teknology dah bertambah.
Zaman dulu sumber makanan tanam sendiri.
Ayam, itik, kambing bela sendiri, ikan pancing & menjala sendiri. 
Tengok la macam mana air sungai & laut dulu & sekarang.
Zaman sekarang, semua nak cepat,semua nak "Fast Food"
Makanan dah jadi satu industry yang besar & high demand.
Sayur-sayuran & buah- buahan tanam & matang dah tak ikut musim, jangan ada yang lubang-lubang dimakan ulat. 
Ayam lembu, kambung mesti jadi gemuk & sihat, 
Ikan, sotong, udang diperap supaya segar tahan lama.





As an individu, we cant stop what happened in the industry immediately, 
but we can choose what we eat & consume by our own body.


World have changed.. It is time for us to change too!
Eat healthy for your family!



Note: You may google "bahaya pesticide" banyak website yang menulis tentang ini. 
This is the top search dari google. CLICK HERE  



Note: Al Fatihah untuk arwah maksu, semoga roh beliau di tempatkan dikalangan orang yang beriman. Maksu pernah jaga saya masa saya baby. Arwah pandai didik anak-anak & baik hati. Semoga Allah sentiasa merahmati beliau. Amin

Wednesday, 20 February 2013

Biozone: Product Introduction

Assalamualaikum

Dalam entry yang sebelum ni, saya dah cerita tentang pencemaran yang berlaku dalam makanan harian kita seperti ayam, ikan, sayur-sayuran & buah-buahan. 
Dan sisa pencemaran ini dapat dihapuskan dengan process purification (proses menulenan) oleh Biozone. 
(boleh baca full entry ini di SINI)

So hari ni, saya nak cerita pulak macam mana Biozone boleh melakukan tugas/funtion tersebut. 

PRODUCT BACKGROUND
BIOZONE Food Purifier menggunakan proses pengkhususannya iaitu menyatupadukan bahan perintang ozon bagi mengubah oksigen (O2) menjadi ozon (O3). Ozon akan kembali menjadi oksigen setelah menjalankan fungsi untuk menyingkirkan bahan-bahan pencemar. 

Untuk pengetahuan semua, technology ozone ni telah digunakan secara commercial sebagai disinfection ( bahan pembersih kuman & bacteria) sejak 100 tahun yang lalu. 
The first commercial application of ozone occurred in a water treatment plant in Belgium in the late 1890's. Today, ozone is being employed in a continually expanding array of applications such as beverage, laundry, marine, aquaculture, wine & groundwater & solid remediation.


This info is taken from www.pacificozone.com/ozone_clean.html



PRODUCT DEMONSTRATION

Semalam lepas buat research tentang makanan tercemar, saya terus tak lalu nak masak. Kebetulan pulak hubby tak balik lunch sebab ada workshop kat hotel. So i decided terus pegi stokist & beli terus 1 set Biozone Food Purifier ni untuk kegunaan sendiri. 

Lunch sandwich telur je semalam beli kat cafe sambil jumpe client. 

Lepas husband dah balik, terus ajak dia install Biozone & buat 1st experiment. huhu




Ingredient / bahan-bahan:
Ikan kembung yang baru beli kat pasar 2 hari lepas. Pasar tu antara yang jual ikan & seafood fresh & simpan dalam ice box. Ikan ni dah defrost & dibersihkan ready to cook.
Bekas stainless steel (tahan karat) from IKEA
Air pipe biasa.


Method / cara:
1. Rendam ikan dalam air dalam bekas kaca, seramik atau besi tahan karat. 
( Jangan pakai bekas plastik ye)
2. Switch on Biozone & letak tube silikon yang bergred medical dalam air. 
Tube ni akan menyalurkan ozon ke dalam air untuk proses purifikasi.

3. Gelembong & buih akan terbentuk semasa process dijalankan.

4. Tempoh purifikasi untuk seafood, sayuran & buahan hanya 15minit saje
Next.. tunggu & lihat

*
*
Result
Immediate result: Seawal 2-3 minit process dijalankan, bau busuk & buih mula keluar. Hubby terus lari ke ruang tamu sbb tak tahan bau busuk. 

10 minits: Makin banyak buih-buih keluar & bau busuk hanyir semakin kuat. Bau macam kat tepi jetty ikan. Seriously. Saya berdiri sebelah mangkuk ni sebab nak amek gambar dan video, bau tadi melekat kat baju. Air pun jadi keruh & macam ada kotoran melekat kat tepi dinding mangkuk.


Saat-saat terakhir process tersebut, buih semakin banyak. Saya perasan color ikan pun jadi makin cerah & bersih. Nampak lagi fresh. 

(saya try nak upload video part last tapi tak berjaya)
nnt saya try lagi..

Conclusion:
Ikan ni lebih fresh selepas process purifikasi & dah tak bau hanyir lagi. Selalunya ikan yang beli lebih dua hari saya cuma akan goreng supaya rasa & bau hanyir ikan tadi kurang terasa. Tapi lepas process ni, saya dan boleh masak macam-macam especially masakan berkuah. Yeayy!!

Makan pun sedap, yang penting lebih sihat & berkhasiat.

OK this Biozone set ni banyak kegunaan. Dari bersihkan makanan, sampai la bersihkan botol susu baby, alat mainan, barang2 dapur. Semua pun boleh. so it is worth it.
So it is a must have in every house, especially untuk yang selalu masak sendiri kat rumah. 
Tak rugi beli! 

Contact saya untuk sebarang pertanyaan tentang Biozone.
Anytime
019-5922951
or email anithayuni@gmail.com
Kalau nak saya demo dulu pun boleh.. tengok & bau sendiri. No hal, bagitau je k?

*
*
more about biozone
*



FAQ BIOZONE
Adakah nutrien makanan akan hilang dalam proses purifikasi?
Berdasakan kajian makmal terhadap daging yang dipurifikasikan, ia menunjukkan bahawa kebanyakan nutrien masih dikekalkan. Hal ini boleh dilakukan sekiranya anda menggunakan alat purifikasi yang berada dalam keadaan baik. Namun, jika anda menggunakan teknologi yang konvensional, ia mungkin akan mengurangkan sebahagian besar nutrien dalam makanan.

Adakah saya perlu mencuci makanan sekali lagi selepas proses purifikasi?
Anda tidak perlu mencuci makanan selepas proses purifikasi. Namun, sekiranya anda rasa perlu untuk mencuci makanan tersebut selepas proses purifikasi, anda boleh menggunakan air yang ditapis untuk mengelakkan bahan-bahan pencemar yang terkandung di dalam air paip. 

Mengapakah gelembung terbentuk pada daging, namun ia tidak kelihatan pada sayur-sayuran?

Biasanya, gelembung terbentuk disebabkan oleh racun serangga yang larut dalam air, maka ia menyebabkan gelembung tersebut tidak kelihatan pada sayur-sayuran. Gelembung adalah satu rangkaian asid lemak yang lebih lazim dijumpai pada daging. Kebanyakan asid lemak mempunyai sebatian polimer yang sukar diserap oleh badan manusia. Jika badan anda mampu menyerapnya, ia sebenarnya telah masuk ke dalam peredaran darah di mana pengambilannya untuk jangka masa yang panjang mungkin memudaratkan kesihatan badan. 

Bolehkah saya menyingkirkan antibiotik daripada daging semasa proses purifikasi?
Gelembung yang terhasil tidak menunjukkan sebarang kesan antibiotik, namun dalam proses purifikasi selama 30 minit ini, laporan daripada kajian makmal menunjukkan bahawa tiada sebarang antibiotik dijumpai selepas proses purifikasi.


Bolehkah saya yakin bahawa BIOZONE Food Purifier dapat melakukan proses purifikasi 100%?
Kami tidak boleh menyatakan bahawa BIOZONE Food Purifier dapat purifikasikan bahan kimia 100%. Objektif kami adalah untuk mengurangkan bahan kimia sebanyak mungkin sebelum kita mengambil sesuatu makanan. Kebanyakan bahan kimia dapat disingkirkan oleh BIOZONE Food Purifier melalui proses purifikasi di mana kita mempunyai kajian-kajian makmal yang boleh dikongsi bersama. Teknologi ozon yang umumnya digunakan untuk purifikasikan air, makanan dan rawatan kolam renang telah dibuktikan secara saintifik di kebanyakan negara maju.





Monday, 18 February 2013

Biozone: Adakah makanan kita selamat?

Salam Isnin untuk semua.
Setelah seminggu berehat dari blogging, saya tak sabar nak cerita pasal MAKAN!

Mana-mana kita pergi mesti kita cari tempat makan, makan tu dah jadi benda paling penting untuk hidup kan? Namun, dengan amalan pemakanan yang tak betul, akan menyebabkan macam-macam penyakit yang buatkan kita hidup menderita & hidup tak lama. 
(ok ok.. Soal hidup mati ketentuan Allah )

Dalam kesempatan kita hidup di dunia ni,adalah lebih bagus kita berusaha agar badan kita sentiasa sihat. 
Siapa yang suka ada penyakit, badan lemah, nak pergi kerja pun tak larat, nak buat apa pun tak berdaya? Hidup pun tak gembira. Lagi tak best bila keadaan kita menyusahkan pula orang lain (keluarga & kawan-kawan) 



PUNCA-PUNCA PENYAKIT

Punca Penyakit adalah pencemaran alam, tekanan, gaya hidup & makanan dan minuman


Saintis percaya penyebab utama kepada masalan penyakit kronic seperti penyakit jantung, strok, kencing manis, artritis & kanser adalah berpunca daripada kehadiran radikal bebas. 

Terdapat 10,000 radikal bebas menyerang sel badan setiap hari. Radikal bebas yang ini sangat aktif & tidak stabil ini akan mencuri satu elektron daripada molekul lain dan menyebabkan molekul tadi pula menjadi tidak lagi stabil lalu merosakkan & mematikan fungsi sel berkenaan. 
* haaa.. ingat tak subject chemistry kat sekolah dulu?
Kesimpulannya radical bebas ni macam watak jahat la -suka mencuri & membunuh. 

Radikal bebas ni berpunca daripada beberapa sumber:

  1. Makanan tidak sihat  seperti makanan berlemak & bergoreng
  2. Alkohol
  3. Rokok
  4. Bahan kimia & sesetengah hormon endokrin
  5. dan lain-lain..
Kemusnahan sel akibat serangan radikal bebas ni menyebabkan ramai penyelidik dalam bidang kesihatan mencari alternatif yang mengandungi antioksidan.Ini kerana, antioksida dapat menghapuskan radikal bebas dengan menstabilkan radikal bebas and melindungi kerosakan sel badan. 

Antioksida boleh didapati dari beratus bahan semula jadi, seperti sayur-sayuran & buah-buahan. Sebab itu dalam piramid makanan, disarankan untuk mengambil 5-9 hidangan sayuran & buahan setiap hari. 
* fuuhhh selamat la kepada yg pengamal makanan sihat ni..
CONFIRM KE SELAMAT ?
NO NO NO.. 
Not yet my dear..


Kenapa?
Firstly, dengan kaedah menyediaan makanan yang kurang baik, bahan antioksidan boleh hilang begitu saja. Secondly, buah-buahan & sayur- sayuran ini kebanyakkannya disembur racun serangga yang mencemarkan alam sekitar & membawa mudarat kepada kesihatan manusia. 


Maaf tulisan ni terlalu kecik..boleh baca seluruh artikel  di sini --> HERE

Dalam sector pertanian, Penggunaan racun serangga & racun rumpai amat popular dalam penjagaan tamanan. Untuk mendapat tanaman yang subur pula, baja sintetik yang menggunakan baham kimia yang berbahaya turut digunakan. Kaedah pertanian ini tidak mesra alam dan menbawa bahaya kepada kesihatan manusia secara jangka masa panjang.



Banyak berita tentang bahayanya bahan kimia yang digunakan dalam aktivity pertanian. Hari ni berita di KOSMO! Online menceritakan tentang karsinogenik racun serangga 
(baca keseluruhan berita di SINI)

Bagaimana pula dengan ayam, daging & ikan?
Adakah masih selamat?

Ayam yang diternak untuk pasaran perlu cepat besar & sihat utk memenuhi demand yang tinggi daripada pelanggan. Jadi ayam kini disuntik dengan bahan kimia seperti vacsin, antibiotic & sumber protien utk memelihara & menyuburkan pembesaran ayam. 
Patutlah ayam sekarang besar-besarnye.. 

Beberapa dakwaan yang telah disiarkan di ahkbar mengenai ayam suntik;

Persatuan Pengguna Pulau Pinang  juga mengesahkan ayam di negara ini diberi hormon dan antibiotik untuk menyihat dan menggemukkannya. Menurut Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Pakar Kesihatan Awam, antara kesan sampingan pengambilan ayam yang disuntik hormon estrogen ini terutamanya kepada lelaki adalahmenghadapi masalah gynecomastia atau buah dada mereka membesar dan berisiko menghidap barah payu dara lebih dahsyat daripada wanita (Harian Metro).

Untuk meningkatkan kelembutan daging ayam, air masin (saltwater) biasanya disuntik ke dalam tubuh ayam dalam satu proses yang digelar plumping. Namun dalam sesetengah kes, kira-kira satu perlima hingga melebihi separuh berat ayam dipenuhi dengan air yang menyebabkan ayam tersebut mengandungi kadar natrium yang tinggi dan boleh menyebabkan masalah kesihatan

Credit info dari http://kfein.blogspot.com
Terdapat lebih byk info tentang ayam suntik di SINI



Kisah air tercemar, laut tercemar, sungai kotor dah biasa kita dengar. 
Namun sumber makanan kita masih di sana. 


Jadi apa pilihan kita?
Sayur & buah diracun, ayam & daging disuntik, ikan & sumber laut tercemar dengam merkuri, plumbum, sisa buangan industri. 
Apa lagi yang selamat dimakan?


Hai-O marketing telah memperkenankan Biozone Food Purifier yang bertindak membunuh kuman, bakteria, membuang bahan kimia dalam makanan.

Antara kelebihan Biozone:
  • Air ozon padat yang bertindak 1000 kali lebih kuat daripada klorin
  • memelihara kesegaran makanan
  • menyingkirkan bau
  • menyingkirkan toksin larut air, toksin larut lemak dan bakteria
  • memelihara nutrien makanan
  • berkesan menyingkirkan bahan2 pencemaran
  • bertindak seperti sterilizer - mencuci botol bayi, alatan memasak, tub mandi, mainan kanak-kanak dll. 

Process purifikasi ayam sedag dijalankan dengan Biozone. Bahan kimia biasanya terlekat di lapisan lemak. Buih-buih yang terhasil di permukaan air ini adalah fatty acid yang telah dibuang daripada ayam.


Bersambung...



Stay tune for more info about biozone & how it is works.


-anith-
call me to know more about this
019-5922951