Showing posts with label home sweet home. Show all posts
Showing posts with label home sweet home. Show all posts

Wednesday, 11 September 2013

Rumah cantik tengah sawah

Salam semua

Syawal dah habis baru sibuk nak tulis pasal raya.
Dah basi dah kan? haha..
Takpe la. Nak jugak post pasal raya ke-2 kat rumah mertua, Tanjung Karang. 

Pagi raya kedua, kami dah bersiap-siap nak bertolak ke Tanjung Karang, Kuala Selangor. Raya tahun ni drive sendiri. Alhamdulillah jalan pegi dan balk dari Kedah tak jam langsung. Kitorg menentang arus traffik, so selamat la. =)

Otw ke selatan ni sempat la bergambar dalam kereta. 
Adam tak meragam. Dia tidur je sepanjang perjalanan.

Sampai je rumah, salam-salam raya dengan mak & bapak, terus start motor nak pegi beraya dalam kampung.
Ni scooter baru bapak. Color pink lagi. Matching dengan baju raya I ~. 
Hubby dah belikan kereta untuk kegunaan bapak kat kampung, tapi masih teringin nak naik motor jugak. Katanya senang nak pegi "medang"

Note: Medang = bahasa jawa untuk minum-minum.

Bapak pantang duduk diam kat rumah. Kalau dia sihat laju saja dia keluar sana sini. Bapak masa muda sangat kuat kerja, bila dah tua ni ada je benda nak dikerjakannya. Sebab tu la dia suka naik motor. Senang & cepat katanya.

Theme color raya kedua - Pink ( ke fushia?)
Adam takleh pakai pink, nanti nampak jambu sangat. So Adam pakai baju merah. 
I love this baju kurung sooo much. Ada kerawang lace kat hujung tangan & baju. Harga pun sangat murah dengan kualiti kain lycra yang bagus & selesa ni. Rugi tak beli je 2-3 pasang aritu. 

Cantikkan pemandangan sawah ni? Ni depan rumah Kang Dar & Kak Tum. 
Padi sedang elok menghijau. 

 Gambar mak dengan anak menantu perempuan. Lagi 2 orang takde dalam gambar - Kak Lily & Kak Shidah.



 Lokasi pengambaran adalah rumah Kang Dar. Rumah kat tengah-tengah sawah. 
Rumah ni dia buat sendiri sikit-sikit. Tiap kali balik ade je project dia buat - tambah bilik la, buat swimming pool la, rumah utk kucing pun dia buat.

Profession Kang Dar bukan la architect atau interor designer. Dia buat ni sekadar suka-suka untuk rumah sendiri. Passion. Hasil kerja tangan dia pun sangat cantik & kemas. Bakat bertukang ni ada dalam darah bapaksebenarnya, turun kat anak-anak dia - Kang Dar & hubby. Hubby tu dok gatal tangan dah nak 'project'kan rumah. Tunggu nak dapat duduk rumah sendiri je lagi ni.

Rumah kat Miri sekarang sewa.
Rumah-rumah yang kitorg beli semua bagi sewa kat orang. Hmm.. bagus tak?
InsyaAllah tak lama lagi dapat dok rumah idaman. Amin..



 Dari cerita raya dah jadi cerita pasal rumah pulak kan. 

Gambar ni adalah satu ruang yang Kang Dar buat khas untuk display koleksi Coca Cola. Banyak sangat-sangat barang Coca -Cola kat sini, macam- macam jenis & dari merata tempat - tersusan kemas & cantik kat sudut ni. 

Coca -cola collection ni dah masuk paper & magazine dah. =)


Bapak dulu buat rumah yang diorg duduk sekarang ni dengan tangan sendiri, beli bahan-bahan buat rumah sendiri, angkut barang-barang tu sendiri. Memang salute la dengan bapak. 
15 tahun lepas bapak buat rumah tu, kos tak banyak untuk bina rumah setingkat dengan 4 bilik tidur, 1 bilik air, living room yang besar. Tapi banyak tak banyak pun RM80 ribu la jugak abes. Tu pun dah save banyak sebab buat semua sendiri. 

Harga rumah sekarang dapat dengan RM80K??
Bak kata Nabil "Lu Pikir La Sendiri" 
hehe

Hubby cakap masa tu dia pun kena tolong susun batu bata buat dinding. Hubby ada serba sedikit knowledge pasal bertukang rumah ni. Kena pulak dengan saya yang memang minat interior design. 
We make a great team. 


Sebenarnya teringin sangat nak balik semenjung & ada rumah sendiri kat sana. Bukan tak suka dok Sarawak ni, tapi normal la.. sanak keluarga semua kat sana. Bila-bila rasa rindu senang nak menjenguk.
Rasa macam perantau je dok kat Sarawak ni. Padahal dalam Malaysia sendiri.
Suasana raya tak terasa pun bila jauh dari family. Huhu.. sedih betol.

Anyway, we know our time untuk berpindah balik belom sampai lagi.
Sabar & redha je dulu.
Semua ketetapan yang Allah bagi ada baiknya. Something yang kita sendiri tak tahu hikmahnya.
So always be positive & dont let it ruin your life.



Semoga jumpa lagi di Syawal tahun depan
assalamualaikum


Monday, 24 December 2012

My Apartment

My very first home

Malam Khamis lepas, saya bersengkang mata kerana mahu menyaksikan session finale The Apartment Syle Edition TV series. My favourite show yang saya takkan miss setiap minggu dari episode pertama. 

Siapa yang tak pernah tengok this show, here is the summary;
Eight couples/group must design, decorate & create 9 rooms of apartment and turn them to become the most fabulous & fashionable living space. They are given amount of money & time frame to spent for the rooms and guided by well know designer Jamie Durie. Each design & final touch will be evaluated by expert jugding panel, including godfather of design TV as the lead judge, Laurance Llewelyn Bowen. 


Saya memang minat sangat interior design. Cita-cita saya dari kecil. hehe.. 

Jeles betol saya tengok contestants yang masuk competition ni. 
They got great opportunity to learn from the famous & well known interior designer master, dapat duit lagi untuk shopping furniture yang sangat lawa & glamor & the best is the grand price ..winning a brand new luxury apartment THE VOE - KL. 



Oklah enough with the reality TV show. 
Back to my reality life, i have my own apartment at Kajang.
My very first home.

I bought the apartment unit since my 1st year working. Never thougtht i would buy a house that time. Ye lah awal-awal kerja dulu dengan gaji RM2500, baru nak merasa pegang duit sendiri, banyak impian time study dulu belum tercapai, banyak tempat nak pegi melancong, teringin handbags, shoe, baju-baju cantik, pakai skin care yang mahal sket.... the list is soo long. 
Biasa la perempuan. 

One day, saya balik jumpe parents. Masa tu my parents baru dapat transfer ke KL, HQ Agro Bank & menyewa kat Serdang (5 minit dari Mines shopping complex).
Tiba-tiba, mama bagi saya beberapa broucher
 rumah & apartment sekitar Selangor. 
"Kaklong tak mau beli rumah? Ramai budak-budak baru kat tempat kerja mama tengah beli rumah sekarang ni".

Terkedu saya. Dalam hati Ya Allah beratnya. Saya tak pernah dengar lagi kawan-kawan satu office dengan saya dah start beli rumah. Masing-masing sibuk beli kereta & enjoy dulu. 
Saya minta tempoh untuk berfikir.

Memang saya mengaku, rumah sewa yang mama duduk tu tak berapa selesa. Saya yang kadang-kadang balik pun rasa tak best, apatah lagi mama & abah yang duduk tiap-tiap hari. Rumah sewa teres 2 tingkat tu, half furnished, tinggalan orang. Harga sewa murah, tu je yg abah mampu masa tu. 
Kesian kat mama & abah. 

Akhirnya saya setuju. Saya fikir, biarlah mama abah hidup selesa sikit di sana. Adik-adik saya pun sekolah sekitar KL-Selangor. 

So bab pilih rumah & lokasi saya serah bulat-bulat kat mama & abah. Diorang juga yang settled kan urusan peguam & pembelian rumah. Saya cuma signed agreement & bayar bulan-bulan. 
Alhamdulillah, urusan beli rumah dipermudahkan. Saya dapat full loan lagi masa tu. 


Dalam masa setahun lebih rumah saya siap sepenuhnya.
yeayy..!! Im so excited. 
For the 1st time i will be able to decorate my OWN HOUSE!

Laman Suria Apartment, Kajang.
Complete with swimming pool, play ground for kids, surau, security & maintenance service. 



Duit gaji kumpul sikit-sikit untuk beli perabot. Beberapa bulan sebelum pindah masuk saya dah siapkan design setiap bilik. Budget ciput je, takleh nak lavish sgt.. so kene betol-betol plan segala benda. 
Oh ya.. saya cuma ada 2 hari untuk pilih semua perabot, cat, curtain..etc sebab saya takde cuti.

Perkara yang harus dirancang sebaiknya:
1. Layout of the room & size - kene tau kat mana pintu & tingkap. Senang nak design the space.
2. Theme - color, hard & soft furnishing
3. Electrical point - untuk nak pasang lampu, kipas, other point for electrical appliances
4. Semua ni mesti ada bugdet yang betol. So kena la survey dulu harga barang-barang. Walaupun ada unlimited budget, mesti ada plan yang betol. Kalau tak design caca merba & takut ada pembaziran. Spent wisely OK.

Welcome to my apartment 

Apartment sebenarnya kecik je. Ruang tamu attached sekali dengan ruang makan. 3 bilik, 2 toilet. 
Dapur cute je. Ada ruang utility untuk luandry & stor.

Living room
Saya pilih theme neutral, gabungan warna hitam & coklat. warna emas untuk highight. 
Pilihan warna yang "safe" - Senang nak mix & match

 Wall deco ni i bought from India,Hyderabad. it is actually a table cloth. Penuh dengan sulam tangan & manik-manik. Harga RM500 je beli kat sana. Sayangnye nak pakai buat alas je. So i framed it & it is perfect for the wall.  

 Candeliar - saya teringin sangat lampu yang mewah. 
So saya pilih lampu kristal yang ni untuk ruang yang sempit. 

Study room 
Bilik ni saya buat untuk adik-adik bujang saya. 
Tempah khas built-in study table for 2 attached skali dengan wardrobe. Katil single yang boleh tarik tilam kat bawah. Jimat ruang. 
Theme black & white.  


 My bedroom.
Theme: light blue. Coooolll je color ni. 
Wall deco tu beli kat India jugak. It is actually table runner, made from velvet. Cantik sangat. 

The kitchen.
Practical & simple kitchen. Kabinet dapur ni mama yang sponsor. Mama upah seorang indon buat cabinet ni. Solid wood,.. murah sgt la upahnya kalau nak bandingkan dengan quality material & workmanship. 
Berbaloi-baloi =) 
To complete the whole kitchen, saya beli set pinggan mangkuk + tea set ceramic putih. Macam kat hotel tu~


I love & enjoy this job so much


Moral of the story
Setiap cerita mesti ade pengajaran utk panduan masa hadapan. bukankah setiap yang berlaku ada hikmahnya?

Saya sangat berpuas hati dengan apartment saya ni, walaupun tak sebesar & semewah mana. Sesuailah dengan gaji saya masa tu. =)

 Lagi puas hati bila tengok mama & abah lebih selesa tinggal kat rumah tu. Surau pun dekat, abah spent his time kat sana.
 Better place for them. =) =)

 Best dapat kumpul dengan adik-adik bila sesekali balik semenanjung. Eratkan silaturahim & kukuhkan kasih sayang.


 Syukur sebab dapat bagi the best for them. 
In sha Allah, takkan surut rezeki kita kalau dengan duit tu kita bahagiakan ibu bapa & saudara kita. Allah akan kurniakan lagi banyak rezeki pada kita. Inilah masa untuk membalas jasa orang tua kita. 


And i am very glad that i made a right decision, beli rumah awal-awal dulu. Dulu harga rumah ok lagi, sekarang dah mahal sangat.
Alhamdulillah.

Kawan-kawan saya yang baru masuk kerja sekarang, ramai tak mampu nak beli rumah, sebab harga mahal sangat & takde full loan lagi dah. 
Ye ke? Saya tak pasti tentang ni. Katanya ada certain level of salary je yang boleh buat full loan. 
Kesiannya, mane nak cari duit buat deposit & bayar lawyer?
Lagi tunggu lagi naik harga rumah. 

I am very glad to have this house.  
Syukur sebab dengar cakap mama abah dulu. Kalau nak ikutkan hati muda yang sedang enak menikmati duit gaji, memang saya takkan beli apartment ni. 
Kalau nak tunggu masa pergi pilih sendiri, tunggu yang berkenan di hati, tunggu lokasi yang hebat, pasti saya belom ada rumah sampai kini.
Nasib baik, saya terus rebut peluang yang ada, kerana mungkin peluang ni takkan datang sampai bila-bila.

Note: Sekarang rumah ni saya buat homestay, my parents dah berpindah balik ke Kedah. 


Love
-anith-


Sunday, 7 October 2012

Making Paper Flower

I love making craft.
Ingat lagi masa sekolah menengah, buat hand made card & hantar kat kawan-kawan yang nak exam, friendship day atau hari guru.
Rasa puas sangat bila tengok hasil craft walaupun comot-comot je card tu. 

Sekarang craft dah ada banyak variation. Dalam Utube tu macam-macam post pasal craft. Semua pun cantik-cantik belaka.. cuma kita ni ada masa atau tak nak buat. 

One day, while i was browsing through Utube, i found many posts how to make flower from craft paper. Sangat cantik, murah & senang.

Mula la teringin nak buat jugak. 


So today i will sow you how to make this lovely flower
from paper
Cantik kan?
Nampak macam bunga plastik kan?

What we need are:
1. Craft paper - boleh pakai tissue paper or crepe paper. 
Yang color merah ni saya guna crepe paper. 
Different paper type will make different flower.
2. Dawai craft yg halus & senang nak dilentur
3. Pearl Beads
4. Gunting

Step 1:
a. Gunting crepe paper tadi jadi segi empat ( square or rectangle)
Sediakan beberapa helai, size yang sama.

b. Lapiskan helaian kertas tadi, dan lipat macam nak buat kipas.
macam gambar bawah ni.
Untuk bunga ni saya cuma pakai 4 lapis je. Untuk buat bunga tak perlu banyak lapis sangat - 4-6 helai pun dah cukup. 




Step 2:
Potong hujung lipatan tadi supaya jadi melengkung. 
Ini akan membentuk kelopak bunga nanti. So kalau nak kelopak bunga jadi besar, lengkungan tadi biar besar. 

Step 3:
Ambil sebutir mutiara, masukkan dawai tadi ke dalam lubang mutiara.
(Saya guna size yang agak besar. Boleh beli kat kedai craft, tapi yang ini saya beli rantai mutiara (tiruan), & potong rantai tu. Cost rantai mutiara rupanya lagi murah daripada beli yang dalam packet2 kat kedai craft.  =p



Step 4:
Ikat lipatan kertas tadi dengan mutiara ni. Make sure ikatan ni kat tengah-tengah, kalau tak bunga tak balance. 
This pearl serve as a center of the flower. 
Dawai tadi disimpul - dan membentuk batang yang panjang untuk bunga tadi.



 Step 5:
Pegang batang bunga, dan start tarik keluar kelopak bunga sehelai demi sehelai dengan berhati-hati. 
Kalau kasar, kertas boleh terkoyak =(


Step 6:
Tarik sampai semua helaian tu habes.
Lepas tu boleh la adjust kedudukan kelopak bunga biar seimbang.



Finish!!!
Ini la hasilnya..
Gorgoues kan?

Boleh mix color dan cantumkan beberapa kumtum sekali - jadi jambangan bunga yang cantik.
Atau pun boleh buat flower ball & pom pom. 
Boleh gantung kat ceiling. 






 Saya berjaya buat 3 jambak bunga seperti gambar atas. 
Sangat cantik.. vibrant color. 
Senang je buat bunga ni. Part nak tarik-tarik jadi kelopak tu yang paling cepat. 
Yang part nak potong2 kertas pulak rasa leceh.. hehe


Boleh masukkan dalam pasu macam kat atas ni. 
Actually saya nak buat bouquet yang besar lagi. Tapi dah tak ada masa.

Perfect for center piece. 

Actually these center piece was for Hari Raya Open House at my house in Bintulu.
This year, invited guest agak ramai, so saya decided nak letak food buffet kat luar rumah, & sewa beberapa buat meja & kerusi.
Kalau dalam rumah saja tak muat. Maklumlah rumah teres je. 

 Some of picture masa open house 
Me and my girl friends. 
Dari kiri, Amalina, Hakimah, saya sebagai tuan rumah, Adam Irfan, Putri


Hakimah yang tak habis-habis obsessed dengan paper flower tu.. hehehe. (sorry Kim)
Sarah, at the back- Hot mommy-to-be.
Adam tengah selsema teruk masa ni.. kesian dia. 

My sweet heart - Adam Irfan 

 Color meja dah macam chinesse new year daaa.. 
ni je color yang available. 
Masa ni guest ramai yang belum sampai. 
Sempat la nak snap few pictures.

Tahun ni Open House catering je.
Sekarang ni dah tak menang tangan nak masak banyak-banyak & kemas pinggan mangkuk.

Menu nasi minyak, kambing black pepper, dalca sayur, dengan minuman. 
Saya cuma masak lontong sayur lodeh.

 Ringo & Gillian with their new born baby girl - ambil tempat kat living room. More confortable for the baby. 

Geng "bujang'' lepak kat meja makan. Except yang hujung tu.. thats mine. =)

Inilah pun time nak jumpa, borak-borak, & catch up session. 
Thanks guys for coming. Really glad to have you all here with us. 

OK back to craft story.

Saya ada buat beberapa pom pom yang sederhana besar. Boleh la decorate bilik Adam.


Some deco idea using flower paper & pom pom by Paper Lantern . So nice & murah. 

U can buy online the paper from there.


Another deco idea for room. 

Selamat mencuba =)

DESPITE OF OUR BUSY LIFE,
 LETS TAKES TIME TO SMELL A FLOWER, TO ENJOY OUR HOBBIES, TO MEET OUR DEAREST FRIENDS 

BECAUSE WE DONT REALIZE HOW WE ACTUALLY MISSED IN THIS LIFE. 


L.O.V.E
-anith-