Sunday 12 August 2012

Ramadhan di kampung.. & lots of FOODs

Hidup di perantauan, jauh dari keluarga dan sanak saudara memang terasa agak sedih tika di bulan puasa. Walaupun saya tetap di Malaysia.. (Bintulu saja =P) tapi perasaan ini tetap hadir tiap kali tiba waktu berbuka.

Tak ada yang salah hidup di sini, but when it comes to food.. ahh, rasa rindu membuak-buak bergelora. 
Mana nak cari gulai kepala ikan, daging goreng kering dengan bawang besar & kentang,  air asam picit macam mama saya? mana ada orang jual ikan keli bakar ditabur sambal cili padi, ikan puyu kicik goreng ranggup2, ketam masak lemak di sini?
Mujur saya "boleh' masak, walaupun rasanya mungkin berbeza sedikit. 

So bila peluang balik kampung ada depan mata, memang saya dan husband tak fikir panjang.. terus rebut peluang. Last weekend my husband have to attend meeting in KL for 2 days. We have never planned for this. Memang ingat takkan balik kampung masa bulan ramadhan pun sebab baru sangat balik 1 week before puasa. 
Bukan masalah wang tambang kapal terbang (alhamdullillah bonus PB sentiasa ada kalau beli tiket), kerana perjalanan dengan flight sangat memenatkan espeacially for baby. 

1st day, Friday


Just Mommy & Adam 1st time travel together. 
Awal2 semua ok, he behave as usual eventhough he quite active. 
After 1 hour in the filght, dia jadi restless, start merenggek2. He refused his milk, air suam, even his nienie (pacifier) & dont want to play.
I failed to calm him down as he refused everything. I know he is hungry, tapi kenapa taknak minum ni?? 
He just cried & and cried.. louder & LOUDER.. for 30mins!
Then i asked for baby food and plain water from flight attendance. Baru la dia senyap bila saya suap dia makan & minum air sikit. 

Lapar rupanya. After that dia tidur kepenatan sampai landing. Lega.. tapi Ohh.. malunya saya! Semua pasanger tengok kat saya macam saya tak tahu jaga anak. 
Please dont do this again to mommy, sayang..

Sampai KLIA, husband saya dah sedia menunggu. Tak sabarnya nak sampai rumah. 
We have to take taxi from KLIA to kampung suami saya, Sawah Sempadan, Kuala Selangor.
Tambang KLIA taxi.. RM150.00. Thank you~ takpe lah.. asal selamat sampai. 

Sampai je, keluarga selua dah tertunggu-tunggu depan pintu. 
Tapi Adam la yang diorang sambut dulu. hehe

Penuh meja makan dengan juadah berbuka. Husband saya awal-awal lagi dah "order' apa dia nak makan beberapa hari sebelum balik kampung.  

2nd day, Saturday
Saya dan hubby keluar untuk shopping raya. Adam tinggal dengan "bibik - bibik"  (panggilan makcik dalam bahasa Jawa) yang volunture nak jaga. So saya & hubby boleh la berdating.. !! 
(Cerita pasal shopping next entry ye)

Balik dari shopping terus singgah bazaar Ramadhan kat Pekan Tanjung Karang. 
note: Tahun ni kat Bintulu, saya tak pernah beli juadah berbuka di bazaar kerana wabak cholera menyerang bintulu & ramai yang dah terkena


 Inilah tempatnya. Berderet-deret gerai makanan & minuman 

Antara gerai-gerai yang ada kat bazaar ni. (yang sempat snap gambar)
Otak-otak & sata - fresh dipanggang

 Nasi ayam. Nampak menyelerakan, peniaga ni pun pemurah, letak bahagian ayam besar2 dalam setiap bekas nasi tu. RM4.00 je

 Siapa nak murtabak meggi? 3 keping RM 1.00 je. 

Tau Foo Fah - original, gula merah atau perisa pandan? 

Suasana kat bazaar. Kami pegi awal lagi, so tak sesak sangat.

 hmmm...dari jauh dah bau sedap. Cempedak goreng ! 


Fresh juice.. memang betol-betol fresh dan lazat. RM 2.00 je sebesar2 bungkus ni. Tuang dalam jug tak muat ni. 


 Popia sayur goreng. My favourite! Terus beli.


Ada jugak popia basah & roti jala kuah kari ayam & durian.

Burung puyuh goreng bersambal jadi rebutan..  


 Gerai murtabak & roti john yang paling banyak. Tak tahu mana yang lagi best.

Teringin nak makan cendol. 

Kami tawaf 2 kali baru decide apa nak beli. Tengok semua pun sedap, semua pun nak beli. Aduhaii.. tergugat iman..
Kami beli serba sikit, sekadar nak merasa. Takut membazir pulak nanti. 
Esoknya, dah nak balik Bintulu. Puas hati dapat luangkan masa dengan keluarga and berbuka bersama-sama walaupun sekejap. 



Saya ingin ucapkan
SELAMAT BERPUASA & BERBUKA PUASA UNTUK SEMUA
&
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI 
yang bakal menjelang tidak lama lagi

No comments:

Post a Comment