Friday 8 June 2012

Hunting for baju raya

Raya is coming.
Disamping memperbanyakkan puasa sunat atau mengganti puasa di bulan Rejab yang mulia.. Soal baju raya tak dapat dilupakan.


Last 2 trips saya ke semenanjung, sempat juga saya mengintai butik-butik indah di sekitar Shah Alam dan Kajang. Niat di hati, raya kali ni saya mahu pakai baju ready made bersulam manik. Tapi silap kaki melangkah, tak banyak sale & design baru lagi sempana raya tahun ini. Kebanyakkan butik sedang menghabiskan stok lama.



Jadi saya mengubah arah ke gedung fabrik, ternyata sale raya telah bermula. Berpinar2 mata saya nak memilih kain. Tak pandai nak mencari corak, padanan warna dan fabrik. Saya mengaku, saya memang failed cari kain untuk dibuat baju!


Selama 28 tahun, setiap kali menjelang raya, mama yang menyediakan baju raya untuk kami sekeluarga. Theme color sudah awal-awal lagi diperdebatkan. Dari baju abah sampai baju adik-adik, mama yang memilih kain, menempah, lipat kemas- kemas dalam almari sampai malam raya,..barulah ia akan diseterika penuh hemat, gantung tersusun diruang tamu lengkap bersama selendang atau sampin sepadan.



Kami tak pernah bantah. Malah bagi saya, Mama lah fesyen designer yang hebat. Kain-kain yang dibeli tidaklah semahal mana, cuma kain ela dari Kamdar atau Gulatis. Tapi pilihan mama selalu tepat. Saya tak pernah risau kalau soal baju raya. Kerana saya suka apa yang mama sediakan untuk saya.



Setelah seharian baju raya hunting, akhirnya saya terpaksa beli sepasang kain yang telah siap dipasang dengan kain.

Kerana saya hanya akan pulang ke kampung 3 hari sebelum raya.
Kerana tukang jahit farovite saya sudah menelefon kalau-kalau mahu tempah baju dengan dia, agar dia boleh menolak tempahan lain yang makin menimbun.
Kerana saya terpaksa mencari sendiri baju yang secocok dengan baju melayu suami saya yang telah lama siap, tak pernah dipakai.
Dan kerana mama saya tidak tahu color baju suami saya itu, jadi dia tak dapat membantu.


Biarpun baju raya saya tidaklah semahal mana dan tidak dijahit oleh designer terkemuka..

Tapi saya tetap ingin menjadi yang tercantik di hari raya.


Saya yakin! Kerana PB sentiasa bersama saya.


Kamu juga.. Walau apa jua baju raya kamu, pasti lagi cantik jika kamu memakai bersama PB.
PB membentuk pinggang kamu yang nyaris-nyaris hilang, melentikkan punggung kamu yang rata, menghilangkan ketulan2 lemak yang membonjol di pinggang, perut dan di tepi coli.


Pasti pakaian jadi lebih kemas dan kamu semestinya lebih gorgeous !!





Tempah PB kamu sekarang.

anithayuninordin@gmail.com

No comments:

Post a Comment