Wednesday 27 February 2013

He turns 30..



10 February 2013
My hunny turns 30!!

Kali ni birthday hubby sambut dengan family dia kat Tanjung karang, Selangor. 
Sederhana tapi sangat meriah. Satu family kumpul ramai-ramai raikan hari lahir hubby saya ni. We love you hunny!!
We had surprise birthday party for him.
And master mind the whole event ni saya laaa.. hehe.
Memang pakar pun buat surprise party ni.


Nak buat surprise party ni kena pandai berlakon. Sampaikan MIL pun turut berlakon. 
Dengan bantuan adik-beradik ipar, barulah rancangan ni berjaya.

Scene set up
1. Plan balik kampung:
Kebetulan birthday hubby jatuh pada Chinese New Year, cuti 4 hari. So saya fikir baik balik kampung sebab tak sanggup nak dengar bunyi mercun siang malam kat rumah saya di Miri ni. Kiri kanan depan belakang jiran semua cina. Confirm Adam tak dapat nak tidur & cranky the whole holiday. 
Saya pujuk hubby balik kampung & akhirnya dia setuju. Nasib baik ticket flight MAS agak murah walaupun beli last minute. (syukur rezeki)

Challenges: Sebenarnya agak mencabar nak balik kampung, sebab Adam tak berapa sihat & moody. Pada hari nak fly tu pun, badan Adam panas, Hubby dah tak sedap hati nak travel dengan keadaan Adam macam tu. Lagi tak best kalau Adam masih buat perangai bila kat kampung nanti. 

Hubby nyaris-nyaris nak batalkan plan balik kampung tu. Nasib baik saya boleh pujuk dia. Weather condition pun agak buruk masa nak fly. Hujan turun lebat, angin kuat, awan berat. Seriously saya takut nak fly masa tu. 
Tapi alhamdulillah, selamat jugak sampai kampung. 


Best friend Adam. Mesti kena bawak pegi mana-mana. 
2. Birthday present
Birthday present untuk hunny dah lama saya fikirkan. Nak belikan hubby wallet baru sebab banyak kali dia dok survey-survey wallet kat shopping complex. Easily i got a hint. Kalau tak pening kepala nak bagi present apa untuk lelaki. 

Tapi masalahnya nak beli tu bila pulak? Everytime keluar mesti dengan hubby. Beli online barang-barang macam ni tak berapa nak percaya. Mahal pulak tu. So what i did was, call my brother kat Melaka, minta tolong dia belikan. Before that i have identified what brand & type which is suitable for him. Adik saya tolong belikan & post ke rumah. 

Challenges:
Parcel tu patutnya sampai hari jumaat - masa hubby pegi kerja dengan harapa tak kantoi. Tapi tunggu punya tunggu tak sampai jugak. Esoknya dah nak fly. Kalau boleh taknak la hubby tercium "plan" ni. Sabtu pagi-pagi, saya call POS MALAYSIA customer service buat aduan. Geram la kan.. hubby pun dah tau pasal barang yang tak sampai tu. ( tapi dia taktau barang tu adalah hadiah untuk dia). Saya dah pasrah, tengah siap-siap nak ke airport, posmen yang ditunggu-tunggu sampai. yeahh!!!


Alhamdulillah, dapat beli birthday present dengan duit sendiri dari business. Priceless feeling!

3. Komplot adik beradik

On the day, saya bagitau si kembar, Ijah & Epi (adik ipar saya) tentang plan saya. Plannya simple je.. nak bawak the whole family makan kat luar malam esok & ada sebijik cake untuk hubby potong. Diorang setuju. The rest of the plan diorg yang aturkan. Bagus betol adik ipar camni - sporting & cooperative. =)


Booking restaurant: Ijah suggest pegi makan kat Sekinchan Ikan Bakar. Memang saya & hubby teringin nak pegi sana. Kang Dar & Kak lily pun setuju. Kak Lily terus order makanan siap-siap, supaya tak payah nak tunggu lama-lama. Everyone knows my hubby, jenis tak boleh lambat-lambat. Perangai bapak turun kat dia. Hehe



Beli kek: Ijah & Epi keluar pegi beli kek kat Secret Recepi senyap-senyap masa saya & hubby kat pasar malam. Kek tu simpan dalam kereta lebih kurang 3-4 jam. Nasib baik tak cair. 



Challenges:

Petang tu bapak mengadu sakit lutut. Hubby offer nak bawak pergi jumpa doktor tapi bapak taknak, cuma nak makan ubat farmasi je. Sakit bapak dah berlarutan beberapa minggu, tapi bapak taknak pegi hosptital. Mungkin sebab bapak taknak masuk ward macam aritu. Kol 7 pm lutut bapak sakit lagi, hubby mula risau, cuba pujuk jugak bapak pegi jumpa doktor. Tengok keadaan hubby yang risau tu, saya dapat rasa yang mood dia tak berapa elok. 


Ijah ajak hubby makan kat luar malam tu.

" Malam ni ke? Tengok la bapak tu sakit. Esok je la nak keluar makan pun. Aku nak bawak pegi klinik ni" Hubby dah reject idea makan luar.   
Adam tengah tido dalam buaian masa tu. Saya pakai baju tidur tengah buaikan Adam, pura-pura buat taktau.
"Alaa.. takpe la. Ko pegi hantar mak & bapak pegi klinik dulu, kitrg gerak slow-slow pegi Sekincan. Mak tau jalan.. nanti mak tunjukkan. Kak Anith & Adam naik kereta dengan kitaorg la." Ija pujuk. Sebenarnya mak pun dah sepakat ni, dia berlakon buat-buat tak tau. Hehe


Hubby pandang je saya. "B, takpe ke? Adam baru tido tu."

"I tak kesah je. Takpe la, Adam nanti i angkat dia tido dalam kereta Epi. By that time sampai dah puas dah dia tido." Saya buat muka tak bersalah je padahal dalam hati melompat. 
" OK, jumpe kat sana." Yeay!!

Sekin Fisherman Village Hotel and Resort Sekinchan


Kami sampai sana pukul 8.30 malam. Cantik tempat ni. It is actually hotel & resort.
Ada kolam ternak ikan yang besar kat tepi restuarant. Kalau siang boleh bagi makan ikan & pancing ikan. Ikan yang berjaya ditangkap terus boleh request untuk masak. Fresh!




Ni gambar hotel - comelnye design hotel ni. Siapa nak try bermalam disini bleh la book di sini http://www.sekinchan.org



Ramai pengunjung restuarant ni masa kami sampai. Nasib baik dah order siap-siap. Sampai-sampai je dah terhidang makanan kami atas meja. 



Haa.. punya la panjang hidangan untuk 20 orang ni. Makanan not bad, sedap jugak. mahal tapi berbaloi.


Another surprise for him, cake birthday dengan lilin. Acara penutup, hubby potong cake. 
Happy birthday sayang. Love u so much!!


 Hubby senyum meleret-leret bila tau semua ni untuk dia. 
Alhamdulillah kaki bapak pun dah ok sket lepas kena inject dengan doktor tadi.
 Now everyone is happy.

I m so glad he can have this beautiful event on this his big day with the family. 
What else could i asked for.

This is our 3rd times celebrate my hubby birthday together. 
Sepanjang tahun, ni la hari yang saya paling tunggu-tunggu. To celebrate him, cherish him & make him happy. 

I LOVE YOU HUNNY
MAY ALLAH BLESSED YOU & OUR MARRIAGE

LOVE
-anith-


No comments:

Post a Comment